facebook
Hakam Ahmed ElChudrie
DAPAT TULISAN MENARIK

MAKSUD GELARAN UMMI YANG SEBENARNYA PADA DIRI NABI MUHAMMAD SAW

Saya ingin membawa pelayar internet berfikir akan maksud ummi yang sebenarnya iaitu gelaran yang diberikan kepada junjungan besar Nabi kita , Nabi Muhammad SAW. Apa pendapat anda ? Apakah yang dimaksudkan dengan Ummi itu ? Sesetengah daripada kita beranggapan gelaran ummi pada Rasulullah SAW itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca. Benarkah gelaran ummi itu dimaksudkan dengan orang yang tidak tahu menulis dan membaca ? Apa fikiran anda ?

Perkataan “tidak tahu” pada ayat tersebut sebenarnya telah merendahkan sifat kebijaksanan Rasulullah SAW. Sehinggan orang kafir mempertikaikan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW, Rasul yang amat kita kasihi. Orang kafir berpendapat, bahawa orang yang bijaksana mestilah tahu menulis dan membaca kerana itu adalah cara atau kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Saya ingin menceritakan satu kisah berkenaan dengan seorang ustaz yang sangat mencintai Rasulullah. Ustaz ini mengambil PHD dan beliau yelah membuat kajian tentang UMMI iaitu sifat yang ada pada Rasulullah SAW. Sejak kecil hingga dewasa, ustaz ini hanya mengetahui maksud ummi pada Rasulullah itu sebagai orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Beliau telah berjumpa dengan ramai professordan melawat banyak perpustakaan universiti di negara-negara Arab tetapi jawapan yang ditemui tetap juga sama. Beliau berasa sedih kerana sejak kecil beliau tidak berpuas hati dengan jawapan ini. Beliau sangat mencintai Rasulullah dan tidak sanggup mendengar penghinaan orang kafir terhadap junjungan besar Nabi kita.

Kunjungan terakhirnya ialah di Makkah Al- Munawwarah. Selepas bersolat dan berdoa di hadapan Ka’bah, beliau melihat seorang tua senyum kepadanya. Ustaz ini dating kepada orang tua itu dan berbual-bual. Akhirnya soalan terakhir yang dikemukakan oleh ustaz ini kepada orang tua itu ialah ‘ apakah maksud ummi yang ada pada Rasulullah SAW itu sebenarnya?’. Walaupun tidak yakin dengan jawapan yang akan diberikan oleh orang tua itu, tetapi ustaz ini bertanya juga. Orang tua itu tersenyum dan akhirnya menjawab….

“ Wahai anakku, UMMI itu sebenarnya berasal daripada perkataan Bahasa Arab lama yang membawa 2 maksud. Maksud yang pertama ialah INDUK dan maksud yang kedua ialah ORANG YANG TIDAK TAHU MENULIS DAN MEMBACA. Perkataan INDUK itu pula mendukung dua maksud juga iaitu yang pertama IBU dan maksud yang kedua ialah TEMPAT LETAKNYA SEGALA SESUATU. Sebenarnya ummi pada Nabi Muhammad SAW itu membawa maksud pengertian induk yang kedua iaitu ~ tempat letaknya segala sesuatu ~ dan bukannya orang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Wahai anakku, anda pun tahu segala ilmu pengetahuan yang berada di dunia ini terdapat di dalam kitab Al-Quran dan Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Ini bermaksud Rasulullah adalah tempat berkumpulnya segala ilmu pengetahuan. Perlukah orang yang telah mempunyai segala ilmu pengetahuan belajar menulis dan membaca, sedangkan menulis dan membaca hanyalah satu kaedah untuk mencari ilmu pengetahuan.

Rasulullah tidak perlu kepada menulis dan membaca kerana Allah SWT sendiri melalui malaikat Jibril telah mengajar Rasulullah SAWAI-Quran, kitab yang mengandungi segala ilmu ilmu dunia dan akhirat. Hanya orang biasa seperti kita yang patut tahu bagaimana hendak menulis dan membaca kerana hanya dengan cara itu kita dapat mencari ilmu. Jadi maksud ummi pada Rasulullah SAW yang anak cari selama ini bukanlah orang yang tidak tahu menulis dan membaca tetapi terdapat dalam maksud induk yang kedua iaitu “ TEMPAT LETAKNYA SEGALA ILMU PENGETAHUAN “. Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul Yang bersifat Bijaksana. ”

Selepas mendengar jawapan daripada orang tua itu, ustaz itu memeluk orang tua itu dan menangis sedih kerana kejahilannya selama ini yang beranggapan bahawa ummi pada Rasulullah itu bermaksud orang yang tidak tahu menulis dan membaca, sedangkan maksud ummi yang sebenar yang ada pada diri Rasulullah itu adalah lebih tinggi maksudnya. Ustaz itu menyesal, bertaubat dan sangat gembira kerana apa yang dicarinya selama ini telah ditemui.

Melihatlah dengan pandangan mata hati…Wallahu a’lam. — bersama Mumu Bsa dan 10 lainnya di Siang-siang Di Depan Laptop.
Zainal Wong Wongan
Ada di tafsir al lubab lengkapnya
2 jam yang lalu  Suka
Junai Zain Almubaarok
ustadz Zainal @ yang mana ?
2 jam yang lalu  Suka
Muhajir Madad Salim
Mengenai pak ustad yg mencari-cari jawaban hatinya,dan memang dari dasar hatinya tdk taslim atas makna ummi yg ayah ibunya ajarkan..maka dlm pencariannya dari mulai syaih tasawuf di zawiyah afrika,Mollah di Persia dan para Ustad Wahabi di Arabia , dia tetap tdk akan mendapatkan jawaban yg dikehendakinya. Maka, Alloh kasihan kepada perbuatan fudhuliy nya ini,sehingga mempertemukan nya dgn seorang yg kata-katanya pengen dia dengarkan. Sedari awalnya. Maka , begitu mendengar.gembiralah dia! . Tetapi, yg lebih ' gembira' adalah Alloh telah ' terbebas' dari perbuatan fudhuli seorang hamba-Nya. Seperti seorang ayah yg sudah muak mendengar rajukan dan tangis anaknya,dgn terpaksa memberinya manisan ,agar terbebas dr bising suara anaknya,.
2 jam yang lalu  Suka
Mohammad Sadja
Biarpun UMMI dimaknai sebagai tdk bisa membaca dan menulis, tetap tdk akan mengurangi kemuliaan Rosululloh, justru dg tdk bisa membaca dan menulis, dr sisi ilmiyah semakin membuktikan otentisitas al-qur'an, bahwa al-qur'an mmg bukan bikinan Rosululloh Muhammad saw, tp murni dari Allah. Kecerdasan (fathonah) berbeda dg kepintaran (sbgmn manusia pd umumnya) yg merupakan hasil dr ihtiar pribadi.
2 jam yang lalu  Suka
Amin Fauzi
Jawaban P ustdz MMS sudah mencukupi ! Setuju sekali !
1 jam yang lalu  Suka
Kediri Peduli
QS.96;1-19.
1 jam yang lalu  Suka
Kediri Peduli
QS.97;1-5.
1 jam yang lalu  Suka
Hakam Ahmed ElChudrie
kajian tafsir kata UMMI dari berbagai mufassir.....

Allah s.w.t. menyebut di dalam al-Quran bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang Nabi yang Ummi. Firman Allah Ta’ala bermaksud:

“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.Katakanlah (wahai Muhammad):

“Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”. Al-A’raf: 157-158.

Untuk memahami maksud perkataan ummi dalam kedua-dua ayat di atas, saya bawakan tafsiran yang dikemukakan oleh ahli-ahli tafsir lama dan baru.

1. Tafsir ‘Arais al-Bayan fi Haqaiq al-Quran oleh al-Baqili (wafat tahun 404 hijriah). Kata Ibn ‘Ato, ummi ialah a’jami. A’jami daripada apa yang lain daripada Kami, ‘alim tentang Kami dan tentang apa yang diturunkan kepadanya daripada Kalam Kami dan Haqiqat Kami. Dia berkata juga, ummi ialah orang yang tidak mengetahui tentang dunia sedikitpun dan tidak mengetahui tentang akhirat kecuali apa yang diajar oleh Tuhannya. Keadaannya dengan Allah adalah satu keadaan sahaja, iaitu suci bersih dengan berhajat kepadaNya sepanjang masa dan tidak berhajat langsung kepada selainNya.

2. Tafsir Mafatih al-Ghaib at-Tafsir al-Kabir oleh ar-Razi (wafat tahun 606 hijriah). Sifat ketiga bagi Nabi (yang disebut dalam ayat di atas) ialah dia seorang yang ummi. Kata az-Zujaj, makna ummi ialah orang yang ada padanya sifat umat Arab. Baginda s.a.w. bersabda maksudnya:

“Sesungguhnya kami umat yang ummi, kami tidak (boleh) menulis dan mengira”. Maka orang Arab kebanyakannya tidak boleh menulis dan membaca. Dan Nabi s.a.w. adalah demikian juga. Itulah sebabnya baginda disifatkan sebagai ummi. Kata penganalisis, keadaan baginda sebagai ummi dengan tafsiran ini merupakan sebahagian daripada mukjizatnya yang boleh diterangkan dari beberapa sudut:

i. Baginda s.a.w. membacakan kepada mereka (orang Arab) Kitab Allah secara tersusun berulangkali tanpa menukarkan lafaz-lafaznya, tanpa mengubah susunan ayat-ayatnya. Pemidato dari kalangan orang Arab, apabila mereka memberikan satu ucapan tanpa teks, kemudian apabila dia mengulang semula, tak dapat tidak mesti ada perkataan atau ayat yang ditambah dan dikurangkan sama ada sedikit atau banyak.

Tetapi berbeda dengan Nabi s.a.w. Meskipun baginda tidak bisa menulis dan membaca, namun setiap kali baginda membaca kitab Allah, tidak ada yang ditambah, dikurang dan diubah. Maka itu menunjukkan satu mukjizat. Inilah yang diisyaratkan oleh Allah di dalam firmanNya (bermaksud): “Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,” Al-A’la:6

ii. Sekiranya baginda dapat menulis dan membaca dengan baik, nescaya itu akan jadi bahan tohmahan bahawa mungkin baginda mengkaji kitab-kitab terdahulu, maka mendapat ilmu hasil pengkajian itu. Jadi apabila al-Quran datang dalam bentuknya yang begitu agong, yang mengandungi ilmu yang sangat banyak, tanpa belajar dan mengkaji, maka itu merupakan sebahagian daripada mukjizat.

Dan inilah maksud firman Allah Ta’ala: “Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu; (kalaulah engkau dahulu pandai membaca dan menulis) tentulah ada alasan bagi orang-orang kafir yang menentangmu akan merasa ragu-ragu (tentang kebenaranmu).” Al-‘Ankabut:48

iii. Sesungguhnya belajar menulis adalah sesuatu yang amat mudah. Dengan sedikit usaha, manusia yang mempunyai kecerdikan paling minimumpun boleh belajar menulis. Maka tidak belajar menulis menunjukkan kekurangan yang besar dari segi kefahaman. Kemudian Allah memberinya ilmu orang terdahulu dan orang terkemudian, diberinya berbagai-bagai ilmu dan hakikat-hakikat kebenaran yang tidak diperolehi oleh seseorangpun dari kalangan manusia.

Dan dengan kekuatan akal dan kefahaman yang begitu hebat menjadikannya, seorang yang tidak belajar menulis yang senang dipelajari oleh orang yang memiliki akal dan kefahaman yang paling minimum, menjadikan terhimpun pada diri baginda dua keadaan yang berlawanan. Berhimpunnya dua perkara berlawanan pada diri seseorang pada satu masa merupakan sesuatu yang luar biasa dan suatu mukjizat.
19 menit yang lalu  Suka
Hakam Ahmed ElChudrie
3. Tafsir Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, oleh al-Qurtubi (wafat tahun 671 hijriah). Firman Allah Ta’ala ٱلأُمِّيَّ } } adalah nisbah kepada umat yang ummi, yang merupakan itulah asal kelahirannya, bangsa yang tidak belajar menulis dan membaca. Ini juga merupakan kata-kata Ibn Aziz. Berkata Ibn Abbas r.a.: Adalah Nabi kamu s.a.w. itu ummi, tidak menulis, tidak membaca dan tidak mengira. Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Dan engkau (wahai Muhammad) tidak pernah tahu membaca sesebuah kitab pun sebelum turunnya Al-Quran ini, dan tidak pula tahu menulisnya dengan tangan kananmu;…” Al-‘Ankabut:48

Dari Ibn Umar r.a., Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya kami umat yang ummi, kami tidak menulis dan mengira”. Al-Bukhari. Ada juga yang mengatakan, Nabi dinisbahkan kepada Makkah, iaitu Ummu al-Qura. Kata-kata ini telah disebut oleh an-Nuhhas.

4. Tafsir Al-Baidhawi (wafat tahun 685 hijriah). Al-Ummi ialah yang tidak menulis dan tidak membaca. Baginda disifatkan sebagai ummi untuk mengingatkan kesempurnaan ilmunya walhal dia dalam keadaan begitu, iaitu tidak tahu menulis dan membaca. Dan ini merupakan satu daripada mukjizatnya.

5. Tafsir Fath al-Qadir oleh asy-Syaukani (wafat tahun 1250 hijriah). Ummi sama ada nisbah kepada umat yang ummi yang tidak boleh menulis dan mengira. Mereka itu adalah bangsa Arab. Atau nisbah kepada umm, iaitu ibu. Maka maknanya ialah bahawa dia kekal dalam keadaan dia dilahirkan ibunya, tidak tahu menulis dan membaca apa yang telah ditulis orang. Dan ada juga pendapat yang mengatakan, nisbah kepada Umm al-Qura, iaitu Makkah.
6. Tafsir Ruh al-Ma’ani oleh al-Alusi (1270 hijriah).

Ummi ialah orang yang tidak boleh menulis dan membaca. Ia seperti kata az-Zujaj, nisbah kepada umat Arab kerana ghalib atau kebiasaan mereka dalam keadaan begitu. Al-Bukhari dan Muslim serta lain-lain meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Kami umat yang ummi, tidak boleh menulis dan mengira.” Atau boleh juga dikatakan, ummi dinisbahkan kepada Ummu al-Qura kerana penduduknya dalam keadaan begitu (tidak boleh membaca dan menulis). Atau dinisbahkan kepada umm, iaitu ibunya, iaitu seolah-olah keadaannya sama seperti keadaan dia dilahirkan ibunya, iaitu tidak pandai membaca dan menulis.

Nabi s.a.w. disifatkan begitu untuk mengingatkan kesempurnaan ilmunya sedangkan dia dalam keadaan tidak boleh membaca dan menulis, merupakan satu mukjizat. Jadi tidak tahu membaca dan menulis nisbah kepada Nabi s.a.w. adalah sifat terpuji, adapun jika dinisbahkan kepada selainnya, maka bukan sifat terpuji. Bandingannya ialah sifat takabbur. Ia merupakan sifat terpuji bagi Allah, dan sifat tercela bagi selainNya.

7. Tafsir At-Tahrir wa at-Tanwir oleh Ibn ‘Asyur (1393 hijriah). Ummi ialah orang yang tidak tahu menulis dan membaca. Dikatakan juga ia dinisbahkan kepada umm iaitu ibu. Maknanya dia lebih menyerupai ibunya daripada ayahnya kerana wanita di kalangan orang Arab, mereka tidak tahu membaca dan menulis, dan mereka tidak pernah mempelajarinya kecuali ketika berada di bawah naungan Islam.

Maka jadilah belajar membaca dan menulis itu satu daripada syi’ar orang merdeka, bukan hamba. Adapun orang lelaki dari kalangan bangsa Arab, ada di kalangan mereka yang boleh membaca dan menulis. Ada pendapat mengatakan ummi nisbah kepada umat, iaitu hal keadaan kebanyakan umat Arab ketika itu dalam keadaan jahiliah, tidak tahu membaca dan menulis kecuali sedikit sahaja dari kalngan mereka.

Kerana itu Ahli Kitab menyifatkan mereka ummi sebagaimana yang diceritakan di dalam firman Allah yang bermaksud: “…mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi… “ Aali ‘Imran:75.

Ummi adalah sifat yang Allah khususkan kepada RasulNya, Muhammad sahaja sebagai menyempurnakan mukjizat ilmi dan aqli yang Allah kuatkan dirinya. Maka ummi dijadikan sifat zatiah baginya untuk menyempurnakan sifat zatiahnya sebagai rasul, supaya lahir kesempurnaan dirinya, kesempurnaan anugerah ladunni dari Ilahi, tanpa perantaraan sebab-sebab yang diketahui untuk capai kesempurnaan.

Dengan itu, ummi adalah sifat kesempurnaan padanya, sedangkan pada orang lain sifat kekurangan kerana manakala tercapai baginya pengetahuan dan kemantapan akal sehingga ke tahap tidak berlaku kesilapan dalam semua aspek, pengetahuan kebenaran , dan dia yakin pada ilmunya, jelas tentang urusannya, itu semua merupakan lebih hebat daripada apa yang dicapai oleh orang yang belajar. Maka jadilah umminya itu satu tanda bahawa dia mencapai apa yang dicapai itu dari limpahan cahaya ketuhanan semata-mata.
19 menit yang lalu  Suka
Hakam Ahmed ElChudrie
8. Al-Asas fi at-Tafsir oleh Sa’eid Hawwa (1405 hijriah bersamaan 1985 masehi}. Sesungguhnya antara dalil kerasulan Rasul kita s.a.w. yang paling menonjol ialah keadaannya yang ummi, iaitu tidak boleh membaca dan menulis. Dalam keadaan dia seorang yang ummi, kenabiannya dibekalkan dengan al-Quran ini yang tidak pernah susut kehebatannya. Kenabiannya diiringi dengan sunnah yang agung yang tidak terkira aspek kesempurnaannya.

Seandainya semua kehebatan itu datang bersama seorang yang ummi , dan kandungan kitab yang dibawa itu pula membenarkan kitab-kitab terdahulu, bahkan merangkumi semua isi kandungannya dan ada tambahan lagi, maka seorang insan yang berakal tidak akan meragui, selepas semua bukti itu bahawa Muhammad s.a.w. adalah Rasulullah.

9. Khawatir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi (1418 hijriah). Ummi ialah orang tidak boleh membaca dan menulis dan tidak pernah berguru dengan seorang guru. Maka baginda s.a.w. kekal dalam keadaan dia dilahirkan.

10. Al-Wasit fi Tafsir al-Quran oleh Tantawi (1431 hijriah). Sesungguhnya dia s.a.w. seorang yang ummi, tidak tahu membaca dan menulis, tidak berguru dengan seseorang, tidak mengambil ilmunya daripada seseorang. Tetapi Allah mewahyukan kepadanya al-Quran al-Karim melalui perantaraan Jibril a.s. dan Allah limpahkan ke atasnya dari sisiNya ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip yang berguna yang jelas di dalam al-Quran al-Karim yang diturunkan kepadanya.

Maka dengan wahyu itu dia mendahului ahli falsafah, pakar undang-undang, ahli sejarah, ahli sains tabii dan ilmu alam. Maka umminya dia, dengan membawa ilmu yang boleh membaiki urusan dunia dan akhirat merupakan sejelas-jelas dalil yang menunjukkan apa yang dikatakannya adalah apa yang diwahyukan Allah kepadanya.

11. Aisar at-Tafasir oleh Abu Bakar al-Jazairi (1921 masehi). Ummi ialah orang yang tidak tahu membaca dan menulis.

Itulah beberapa pendapat ahli tafsir yang dapat saya kutip daripada kitab-kitab tafsir pelbagai zaman. Diharap ia dapat menjelaskan kekeliruan anda. Allahu A’lam.
19 menit yang lalu  Suka
Tulis komentar...