Hadis No. 1: Najd Sumber Fitnah

Saturday, 01 November 2008

Oleh: Salafytobat

Hadis No. 1: Najd Sebagai Tempat Timbulnya Fitnah

Kenapa ulama begitu bersungguh-sungguh menentang golongan Wahhabiyyah?

 

Jawapannya:

Kerana golongan inilah yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW kemunculannya di akhir zaman dan masih ada sehingga ke hari ini. Hadis-hadis berkaitan kemunculan Wahhabi banyak, memang banyak, namun begitu kita buat satu persatu.

HTML clipboard

 

Hadis No. 1

 

Fitnah Dari Najd

 

 

.

 

Maksudnya:

Daripada Abdullah Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW menyebut: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.

 

Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!

Rasulullah pun bersabda: Ya Allah! Berkatilah kami pada Yaman kami dan berkatilah kami Ya Allah! pada Syam kami.

 

Maka sebahagian sahabat berkata: Dan pada Najd kami Ya Rasulallah!

Dan aku menyangka (seingat aku) pada kali ketiga Rasulullah SAW bersabda: Di sanalah berlakunya gegaran-gegaran, fitnah-fitnah dan di sanalah terbitnya tanduk Syaitan.

 

Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam al-Tirmidzi, Imam Ahmad, Imam Ibnu Hibban dan lain-lain.

Di manakah bumi Najd yang bakal menjadi pusat timbulnya fitnah? J

Kita Rujuk Kitab Atlas al-Hadith al-Nabawi oleh Dr. Syauqi Abu Khalil

 

Terjemahan: Najd: Di antara bandar-bandarnya pada hari ini ialah Riyadh dan kawasan persekitarannya, Qasim, Sadir, al-Aflaj dan pada waktu dahulu orang ramai mengira bahawa kawasan yang jauhnya lebih kurang 100 km dari timur Madinah adalah Najd.

 

Kedudukan Najd daripada Madinah :)

 

Sedikit Ulasan

 

* Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa ajaran dan fahaman Wahhabiyyah timbul dari Najd. Ini jelas tercatat dalam sejarah. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh golongan Wahhabi sendiri.

 

* Banyak lagi yang tidak kami tontonkan di sini untuk tidak menjadikan risalah ini panjang. Jadi, janganlah hairan sekiranya golongan Wahhabi ini ditentang dengan sehebat-hebatnya oleh ulama Ahli Sunnah dan Jamaah.[]