Hadirnya Wali Nikah Yang Sudah Mewakilkan

Apabila seorang wali nikah telah mewakilkan akad nikah kepada orang lain, kemudian ikut hadir dalam majlis akad tersebut, maka akad tersebut dihukumi sah, apabila hadirnya si wali nikah tersebut tidak untuk menjadi saksi nikah.

Dasar Hukum

Hasiyah al Bajuri II/102

فلو وكل الأب أو الأخ المنفرد فى العقد وحضر مع أخر ليكونا شاهدين لم يصح لأنه متعين للعقد فلا يكون شاهدا.

Kekeliruan penghulu atau orang yang mendapat wakalah menikahkan dalam menyebut nama wali, seperti Fatimah binti Utsman diucapkan Fatimah binti Umar, maka pernikahan itu hukumnya tetap sah apabila pada waktu akad tadi wali atau penghulu memberi isyarat kepada calon isteri atau si wali atau penghulu menyengaja terhadap calon isteri yang dimaksud.

Dasar Hukum

Bughyatul Mustarsyidin, hal 200

(مسئلة ش) غيرت إسمها ونسبها عند إستئذانها فى النكاح وزوجها القاضى بذالك الإسم ثم ظهر أن إسمها ونسبها غير ما ذكرته فإن أشار إليها حال العقد بأن قال زوجتك هذه أو نوياها به صح النكاحث سواء كان تغيير الإسم عمدا أوسهوا منه أو منها إذالمدار على قصد الوالى ولو قاضيا والزوج كما قال زوجتك هندا ونويا دعدا عملا بنيتها.