Kisah
Empat Rasul
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


                                                                                                `                                  

Penyusun
Buya Ima Ibnu Fachru Rozi
 

 

 

 

 

 


PENGANTAR

 

 

 

 

                          

                              Nabi Musa

Nabi Musa banyak kali disebut di dalam al-Qur'an. Mungkin tidak bersalah mengatakan bahawa kisahnya adalah yang paling banyak disebut berbanding Nabi lain. Ia pula disebut berulang kali.

 

Baginda merupakan seorang lagi Nabi atau Rasul yang diceritakan dari kecil di dalam Kitab Allah. Kisahnya yang menarik disampaikan di sini menurut kronologi seperti yang terkandung di dalam al-Qur'an. Oleh kerana itu, beberapa peristiwa penting dalam kehidupannya diulang beberapa kali, dengan setiap kali membawa suatu berita baru.

 

Pendekatan yang diguna oleh Allah itu tentu dapat membantu para pelajar mengingati dengan mudah kisah seorang Nabi mereka yang besar, di samping dapat mengingati keingkaran yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak percaya, dan balasan yang dikenakan ke atas mereka. Sungguh banyak iktibar yang boleh dipelajari daripada kisah seorang Nabi Bani Israil itu.

 

Kerana ia panjang, maka kisah Nabi Musa di sini dibahagikan kepada tujuh bahagian. (Masa download bagi tiap-tiap bahagian tidak melebihi 5 saat dengan modem 56.6). Di dalamnya dimuatkan ayat-ayat al-Qur'an dengan sedikit sahaja catatan daripada penulis.

 

 

 

 

Bani Israil

 

Banginda mula disebut apabila Allah mengingatkan kaum Bani Israil mengenai rahmat-Nya ke atas mereka, seperti melebihkan mereka di atas semua alam, menyelamatkan mereka daripada keluarga Firaun, yang mengazab mereka, membunuh anak-anak lelaki mereka (sebagai ujian yang besar daripada Tuhan), membelah laut untuk menyelamatkan mereka, dan menenggelamkan keluarga Firaun, sedang mereka memerhatikan (2:47-50).

 

Nama Musa mula disebut, di awal al-Qur'an, untuk meneruskan penjelasan Allah mengenai kaumnya, dalam ayat 2:51. Ayat tersebut dan seterusnya berbunyi,

 

"Dan apabila Kami menemujanji dengan Musa empat puluh malam, kemudian kamu (Bani Israil) mengambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim. Kemudian Kami memaafkan kamu setelah itu, supaya kamu bersyukur (berterima kasih).

Dan apabila Kami memberikan Musa al-Kitab, dan Pembeda, supaya kamu mendapat petunjuk. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, 'Wahai kaumku, kamu telah menzalimi diri-diri kamu sendiri dengan pengambilan Anak Lembu kamu, maka bertaubatlah kepada Pencipta kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu sendiri (sesama sendiri). Itu lebih baik bagi kamu di sisi Pencipta kamu, dan Dia akan menerima taubat kamu; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.'

 

Dan apabila kamu berkata, 'Wahai Musa, kami tidak akan mempercayai kamu sehingga kami melihat Allah dengan nyata'; dan halilintar mengambil kamu, sedang kamu memerhatikan." (2:51-55)

 

Kaum Bani Israil sungguh tidak bersyukur sehingga mahu melihat Allah dengan nyata setelah ditolong-Nya beberapa kali.

 

Seterusnya, Allah menjelaskan bahawa Dia membangkitkan mereka setelah mereka mati supaya mereka berterima kasih, dan membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, menurunkan manna dan salwa, menyuruh masuk sebuah bandar raya (melalui pintu gerbang dengan bersujud) supaya dapat makan dengan senang. Kemudian orang-orang yang zalim antara mereka menukarkan ucapan-Nya kepada yang selain daripada yang benar lalu Dia menurunkan kepada mereka yang zalim itu suatu kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka (2:56-59).

 

Selepas ayat-ayat tersebut, ayat-ayat di bawah ini menyusul:

 

"Dan apabila Musa memohon air untuk kaumnya, Kami berkata, 'Pukullah batu dengan tongkat kamu'; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. 'Makan dan minumlah daripada rezeki Allah, dan janganlah kamu membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan.'

 

Dan apabila kamu berkata, 'Wahai Musa, kami tidak akan bersabar dengan makanan yang satu macam; mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia mengeluarkan untuk kami daripada apa yang bumi menumbuhkan; herba hijaunya, dan mentimunnya, dan jagungnya, dan kekacangnya, dan bawang merahnya.'

 

Dia berkata, 'Adakah kamu menukar yang lebih baik dengan yang lebih rendah’ Turunlah ke Mesir; kamu akan mendapati di sana apa yang kamu menanyakan.'

 

Dan, kehinaan dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah. Itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh para Nabi tanpa patut. Itu adalah kerana mereka ingkar, dan mereka mencabuli." (2:60-61)

 

Peristiwa tersebut berlaku selepas kaum Nabi Musa dibebaskan daripada pemerintahan Firaun di Mesir dan Firaun ditenggelamkan Allah di laut semasa mengejar mereka.

 

Kemudian Allah mengingatkan Bani Israil atas pengambilan perjanjian daripada mereka, serta menyuruh mereka mengambil dengan kuat apa yang Allah memberikan mereka. Akan tetapi, mereka berpaling sesudah itu, dan Sabat dicabuli, lalu disumpah menjadi beruk sebagai hukuman contoh bagi orang-orang yang terkemudian (2:63-66).

 

Nama Nabi Musa disebut lagi dalam ayat yang berikut (2:67). Kali ini dalam peristiwa yang menunjukkan perangai loyar buruk Bani Israi ke atas perintah Tuhan mengorbankan seekor lembu. Lembu tersebut menjadi nama surah tersebut, al-Baqarah, yaitu yang kedua dan terpanjang di dalam al-Qur'an.

 

"Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, 'Allah memerintahkan kamu supaya mengorbankan seekor lembu.'

 

Mereka berkata, 'Adakah kamu mengambil kami sebagai buah ejekan’'

 

Dia (Musa) berkata, 'Aku berlindung pada Allah daripada aku menjadi antara orang-orang yang bodoh.'

 

Mereka berkata, 'Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami yang manakah ia’"

 

Dia berkata, 'Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang tidak tua, dan tidak juga dara, yang pertengahan di antara yang demikian itu; maka buatlah apa yang kamu diperintahkan.'

 

Mereka berkata, 'Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami apakah warnanya’'

 

Dia berkata, 'Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang keemasan, terang warnanya, menggembirakan orang-orang yang memandang.'

 

Mereka berkata, 'Mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia memperjelaskan kepada kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi kami, dan jika Allah mengkehendaki, tentu kami akan mendapat petunjuk.'

 

Dia berkata, 'Sesungguhnya Dia berkata, ia lembu yang belum pernah dipakai untuk membajak bumi, atau untuk mengairi tanaman; sesuatu yang teguh, tanpa tanda yang mencacatkan padanya.'

 

Mereka berkata, 'Sekarang kamu telah mendatangkan yang benar.' Lalu mereka mengorbankannya, dan hampir mereka tidak melakukannya." (2:67-71)

 

Hampir mereka tidak melakukannya! Kemudian, Allah menunjukkan kebenaran-Nya apabila mereka membunuh sesuatu jiwa, dan Dia menyuruh memukul si mati dengan sebahagian daripada lembu yang baru dikorbankan, lalu orang itu bangkit dan hidup semula. Namun, sesudah itu hati mereka menjadi keras lagi, seperti batu atau lebih keras (2:72-74).

 

Sebelum nama Musa disebut lagi, Allah menjelaskan tentang perjanjian Bani Israil dengan-Nya, berbunyi "Kamu tidak akan sembah sesuatu melainkan Allah, dan berbuatbaiklah kepada ibu bapak, dan sanak saudara yang dekat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin; dan katakanlah yang baik kepada manusia, dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat" (2:83). Kemudian mereka berpaling, kecuali sedikit daripada mereka sahaja.

 

Perjanjian Bani Israil termasuk juga tidak menumpahkan darah sesama sendiri, dan tidak mengusir sesama sendiri daripada tempat-tempat tinggal mereka. Tetapi selepas itu mereka membunuh dan mengusir pula (2:84-86).

 

Al-Kitab

 

"Dan Kami memberikan Musa al-Kitab, dan selepasnya disusuli dengan rasul-rasul, ...... dan setiap kali datang kepada kamu (Bani Israil) seorang rasul dengan apa yang jiwa kamu tidak menginginkan, kamu menyombongkan diri, dan sebahagian kamu mendustakan, dan sebahagian kamu bunuh’" (2:87)

 

"Dan Musa datang kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas, kemudian kamu mengambil untuk kamu Anak Lembu sesudahnya, dan kamu adalah orang-orang yang zalim. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung: 'Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan dengarlah.'

 

Mereka berkata, 'Kami dengar dan kami menentang'; dan mereka diminumkan (diresapkan) Anak Lembu ke dalam hati mereka kerana ketidakpercayaan mereka. Katakanlah, 'Buruknya apa yang iman kamu memerintahkan kamu kepadanya, sekiranya kamu orang-orang mukmin.'" (2:92-93)

 

Kedegilan kaum Bani Israil sudah nyata. Kisah Nabi Musa ditangguh sebentar, untuk Allah mengingatkan bahawa baginda adalah salah seorang daripada Nabi-Nya, yang tidak dibedakan.

 

"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (2:136)

 

Dan, baginda dikaitkan dengan sebuah peti (tabut) yang menjadi tanda kerajaan bagi seseorang selepas zamannya.

 

"Dan Nabi mereka berkata kepada mereka, 'Ayat (tanda) kerajaannya ialah bahawa tabut (peti) akan datang kepada kamu, di dalamnya suatu ketenangan daripada Pemelihara kamu, dan satu sisa daripada apa yang keluarga Musa dan keluarga Harun meninggalkan yang dibawa oleh malaikat-malaikat. Sungguh, pada yang demikian itu adalah satu ayat bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.'" (2:248)

 

Sebutan nama Nabi Musa di al-Baqarah tamat di situ. Dalam surah selanjutnya baginda disebut lagi sebagai salah seorang daripada para Nabi Allah, yang tidak dibedakan oleh hamba-hamba-Nya (3:84). Itu adalah satu-satunya sebutan nama baginda dalam surah tersebut.

 

Baginda adalah antara para rasul yang diceritakan Allah kepada kita. Ayat yang menjelaskannya turut menyebut "Allah telah berkata-kata secara langsung" kepadanya. Itu merupakan suatu keistimewaan bagi baginda. Ayat berkenaan berbunyi,

"Dan rasul-rasul yang Kami menceritakan kepada kamu sebelumnya, dan rasul-rasul yang Kami tidak menceritakan kepada kamu, dan kepada Musa, Allah telah berkata-kata secara langsung." (4:164)

 

Bumi Suci

 

Nabi Musa telah menyeru kamunya, dengan memperingatkan mereka tentang rahmat Allah yang telah diberi kepada mereka. Mereka juga diseru untuk masuk Bumi Suci yang ditetapkan Allah setelah pelarian mereka dari Mesir:

 

"Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, 'Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia melantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia melantik kamu raja-raja, dan Dia memberi kamu yang Dia tidak memberikan seseorang pun di semua alam. Wahai kaumku, masuklah Bumi Suci yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu, dan janganlah kembali (murtad) ke belakang kamu, untuk berbalik sebagai orang-orang yang rugi.'" (5:20-21)

 

Tetapi jawapan mereka,

 

"Mereka berkata, 'Wahai Musa, di dalamnya ada kaum yang gagah perkasa, dan kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya. Jika mereka keluar darinya, kami akan masuk.'

 

Berkata dua orang lelaki antara orang-orang yang takut kepada Allah, yang Allah merahmati, 'Masuklah menemui mereka melalui pintu gerbang. Apabila kamu memasukinya, kamulah orang-orang yang mengalahkan, dan percayakanlah kepada Allah, jika kamu orang-orang mukmin.'

 

Mereka berkata, 'Wahai Musa, kami tidak akan masuk selama-lamanya, selama mereka berada di dalamnya. Pergilah, kamu dan Pemelihara kamu, dan berperanglah; kami akan duduk di sini.'" (5:22-24)

 

Lalu Nabi Musa memohon,

 

"Wahai Pemeliharaku, aku tidak menguasai sesiapa, kecuali diriku dan saudaraku. Pisahkanlah antara kami dan kaum yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)." (5:25)

 

Kemudian,

 

Empat Puluh Tahun

 

"Berkatalah Dia, 'Maka ia diharamkan kepada mereka selama empat puluh tahun sedang mereka merayau-rayau di bumi; maka janganlah kamu berdukacita terhadap kaum yang fasiq.'" (5:26)

 

Keturunan

 

"Dan Kami memberikan dia Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami memberi petunjuk. Dan Nuh, Kami memberi petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun - begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik." (6:84)

 

Kitab di kertas

 

"Katakanlah, 'Siapakah yang menurunkan Kitab yang Musa mendatangkan sebagai satu cahaya dan satu petunjuk bagi manusia’ Kamu meletakkannya di kertas-kertas, dengan menampakkannya, dan menyembunyikan kebanyakannya; dan kamu diajar apa yang kamu tidak tahu, kamu dan bapak-bapak kamu.'" (6:91)

 

"Kemudian Kami memberikan Musa al-Kitab, yang sempurna bagi orang yang berbuat baik, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan sebagai satu petunjuk, dan satu pengasihan, supaya mereka mempercayai pertemuan dengan Pemelihara mereka." (6:154)

 

Kitab Nabi Musa telah ditulis pada kertas. Kitab itu sempurna, penjelasan bagi segala sesuatu, petunjuk, dan satu pengasihan daripada Allah - seperti al-Qur'an - supaya manusia mempercayai pertemuan dengan Tuhan mereka. Akan tetapi, kebanyakan manusia tidak percaya, atau tidak takut.

 

Setelah disebut sebanyak dua kali dalam kisah Nabi Musa dengan tidak begitu terperinci, maka Firaun, pembesar-pembesarnya, dan ahli-ahli sihir diceritakan pula dengan panjang lebar dalam surah ketujuh, Al-A'raf. Ceritanya, dan cerita Bani Israil selepas meninggalkan bumi Mesir, dan temu janji Allah dengan Nabi Musa, dalam surah tersebut, memuati seluruh halaman Bahagian ini.

 

"Kemudian Kami membangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.

 

Musa berkata, 'Wahai Firaun, aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam, Sewajarnya, aku tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Aku datang dengan satu bukti yang jelas kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka utuskanlah bersamaku Bani Israil.'

 

Berkatalah dia (Firaun), 'Jika kamu datang dengan satu ayat, kemukakanlah ia jika kamu berkata benar.'

 

Maka dia melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata. Dan dia mengeluarkan tangannya, dan tiba-tiba ia adalah putih bagi orang-orang yang melihat.

 

Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, 'Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir), Yang menghendaki untuk mengusir kamu daripada bumi kamu; apakah yang kamu memerintahkan’'

 

Mereka berkata, 'Tangguhkanlah dia dan saudaranya seketika, dan utuslah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan, Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim.'" (7:103-112)

 

Ahli Sihir

 

"Dan ahli-ahli sihir datang kepada Firaun, dengan berkata, 'Kami akan benar-benar mendapat upah, jika kami orang-orang yang menang’'

 

Dia berkata, 'Ia, dan kamu akan menjadi antara yang berkedudukan dekat.'

 

Mereka berkata, 'Wahai Musa, adakah kamu akan melemparkan, atau adakah kami orang-orang yang melemparkan’'

 

Dia berkata, 'Lemparlah kamu.' Dan apabila mereka melempar, mereka menyihir mata-mata manusia, dan menjadikan takut pada mereka, dan mendatangkan sihir yang besar.

 

Dan Kami mewahyukan Musa, 'Lemparlah tongkat kamu.' Maka tiba-tiba ia menelan apa yang mereka memalsukan. Lalu terjadilah yang benar, dan palsulah apa yang mereka buat. (7:113-118)

 

Ahli Sihir sujud

 

"Maka mereka dikalahkan di sana, dan mereka berbalik, menjadi rendah. Dan ahli-ahli sihir melemparkan diri, bersujud. Mereka berkata, 'Kami percaya kepada Pemelihara semua alam, Pemelihara Musa dan Harun.'" (7:119-122)

 

Menyalib

 

"Berkatalah Firaun, 'Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu. Sesungguhnya ini satu tipu daya yang kamu memperdayakan di kota supaya kamu mengusir penduduknya daripadanya. Sekarang kamu akan tahu! Sungguh, aku akan memotong tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu berselang-seli, kemudian aku akan menyalib kamu kesemuanya.'

 

Mereka (ahli sihir) berkata, 'Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman.'" (7:123-126)

 

Bunuh anak lelaki

 

"Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, 'Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu’' Berkata, 'Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!'

 

Berkata Musa kepada kaumnya, 'Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa.'

 

Mereka berkata, 'Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami.'

 

Berkata, 'Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan memusnahkan musuh kamu, dan Dia menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia memerhatikan bagaimana kamu akan buat.'" (7:127-129)

 

Bekalan

 

"Kemudian Kami mengambil keluarga Firaun dengan beberapa tahun bekalan yang tidak mencukupi, dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka ingat.

 

Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, 'Ini ialah kerana kami'; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka meramalkan yang buruk kerana Musa, dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

 

Dan mereka berkata, 'Apa sahaja ayat yang kamu mendatangkan kepada kami, untuk menyihir kami dengannya, kami tidak akan mukmin (yang mempercayai) kepada kamu.'" (7:130-132)

 

Lima ayat

 

"Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.

 

Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, 'Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia menjanjikan kamu. Jika kamu menghilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan mempercayai kamu, dan kami akan mengutus bersama kamu Bani Israil.'

 

Tetapi apabila Kami menghilangkan daripada mereka kemurkaan hingga satu tempoh yang mereka akan datang kepadanya, tiba-tiba mereka memungkiri ketaatan mereka.

 

Maka Kami melepaskan dendam kepada mereka, dan menenggelamkan mereka di dalam laut kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya.

 

Dan Kami mewariskan kaum yang dihina (Bani Israil), semua yang di timur dan barat bumi yang Kami memberkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka bersabar; dan Kami membinasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka membangunkan." (7:133-137)

 

Patung

 

"Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, 'Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada.'

 

Berkatalah dia, 'Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh. Sesungguhnya itu yang mereka di dalamnya akan dibinasakan, dan batallah apa yang mereka buat.'

 

Berkata (Musa), 'Apa, adakah aku akan mencarikan satu tuhan untuk kamu selain daripada Allah, Dia yang melebihkan kamu di atas semua alam’'

 

Dan apabila Kami menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu." (7:138-141)

 

Empat puluh malam

 

"Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami menyempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, 'Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan.'" (7:142)

 

Melihat Aku

 

"Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau.'

 

Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku."

 

Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, 'Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin.'" (7:143)

 

 

Papan

 

"Berkata, 'Wahai Musa, Aku memilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku memberikan kamu, dan jadilah daripada orang-orang yang berterima kasih.'

 

Dan Kami menuliskan untuknya pada Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, 'Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu mengambil yang paling baik daripadanya. Aku akan memperlihatkan kepada kamu tempat tinggal orang-orang fasiq.'" (7:144-145)

 

Selepas Nabi Musa pergi "menemui" Allah, kaumnya membuat Anak Lembu untuk disembah.

 

"Dan kaum Musa mengambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka melihat bahawa ia tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga memberi mereka petunjuk pada sebarang jalan’ Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah orang-orang yang zalim." (7:148)

 

Marah

 

"Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, 'Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu’'

 

Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata 'Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim.'

 

Berkata, 'Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan.'

...... Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia mengambil Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka." (7:150-154)

 

Tujuh puluh

 

"Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata,

 

'Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat’ Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau.'

 

Berkatalah Dia, 'Azab-Ku, Aku menimpakan dengannya siapa yang Aku mengkehendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan menuliskannya untuk orang-orang yang bertakwa, dan memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar mempercayai ayat-ayat Kami," (7:155-156)

 

Dua belas

 

"Antara kaum Musa, ada umat yang memberi petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

 

Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, 'Pukullah dengan tongkat kamu batu itu'; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. 'Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu.' Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan." (7:159-160)

 

Bandar raya

 

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Tinggallah di bandar raya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu mengkehendaki; dan katakanlah, "Tidak membebankan"; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan mengampuni kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan menambahkan kepada orang-orang yang berbuat baik.'

 

Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami mengutus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan zalim mereka." (7:161-162)

 

Sabat

 

"Dan tanyalah mereka mengenai bandar raya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka." (7:163)

 

Ikan berenang ke pantai pada hari mereka tidak dibenarkan menangkap, tetapi pada hari yang mereka dibenarkan, ikan tidak pula datang kepada mereka. Namun, ada juga manusia yang mencabuli larangan-Nya - mungkin kerana tidak tahan melihat ikan berenang-renang di hadapan mata mereka! Atau, kerana memang degil dan jahat.

 

Kisah Nabi Musa dengan Firaun dan ahli-ahli sihir disebut lagi dengan panjang dalam surah kesepuluh, Yunus.

 

"Kemudian Kami membangkitkan selepas mereka Musa dan Harun kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya dengan ayat-ayat Kami, tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa. Maka apabila yang benar datang kepada mereka daripada Kami, mereka berkata, 'Sesungguhnya ini sihir yang nyata.'

 

Musa berkata, 'Adakah kamu mengatakan ini kepada yang benar apabila ia datang kepada kamu’ Adakah ini sihir’  Tetapi ahli-ahli sihir tidak beruntung.'

 

Mereka berkata, 'Adakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami daripada apa yang kami mendapati pada bapak-bapak kami, dan bahawa penguasaan di bumi adalah kepunyaan kamu berdua’ Kami bukanlah orang-orang mukmin pada kamu berdua.'

 

Firaun berkata, 'Datangkanlah kepadaku tiap-tiap ahli sihir yang alim (mahir).'

 

Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, Musa berkata kepada mereka, 'Lemparlah kamu apa yang kamu akan melemparkan.'

Kemudian, setelah mereka melempar, Musa berkata, 'Apa yang kamu mendatangkan ialah sihir; sesungguhnya Allah akan membatalkannya. Sesungguhnya Allah tidak membetulkan amalan orang-orang yang membuat kerosakan.'" (10:75-81)

 

Tidak percaya

 

"Maka tiada yang percaya kepada Musa, kecuali satu keturunan daripada kaumnya, kerana takut pada Firaun dan pembesar-pembesar mereka, bahawa mereka akan menganiaya mereka; dan Firaun tinggi di bumi, dan dia termasuk orang-orang yang membazir (berlebihan).

Musa berkata, 'Wahai kaumku, jika kamu percaya kepada Allah, kepada-Nya kamu percayakanlah (tawakal) jika kamu muslim.'

 

Mereka berkata, 'Kepada Allah kami mempercayakan. Pemelihara kami, janganlah Engkau membuat kami satu cubaan bagi kaum yang zalim, Dan selamatkanlah kami dengan pengasihan Engkau daripada kaum yang tidak percaya.'" (10:83-86)

 

 

Kiblat

 

"Dan Kami mewahyukan Musa dan saudaranya, 'Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buatlah rumah-rumah kamu satu kiblat (haluan), dan lakukanlah solat, dan berilah berita gembira kepada orang-orang mukmin.'

 

Musa berkata, 'Pemelihara kami, Engkau telah memberikan Firaun dan pembesar-pembesarnya perhiasan dan harta kekayaan dalam kehidupan dunia ini. Pemelihara kami, biarkanlah mereka sesat daripada jalan Engkau. Pemelihara kami, hapuskanlah harta-harta mereka, dan keraskanlah hati mereka supaya mereka tidak mempercayai, sehingga mereka melihat azab yang pedih.'

 

Berkata, 'Doa kamu disahuti; maka hendaklah kamu berlaku lurus, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang tidak mengetahui.'" (10:87-89)

 

Firaun percaya

 

"Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut; dan Firaun dan tenteranya mengikuti mereka dengan angkuh dan pantas, sehingga apabila penenggelaman mengatasinya, dia berkata, 'Aku percaya bahawa tidak ada tuhan melainkan Dia, yang Bani Israil percaya; aku adalah antara orang-orang yang muslim.'

 

'Adakah sekarang’ Dan sejak dahulu kamu mengingkari, dan termasuk orang-orang yang membuat kerosakan. Maka pada hari ini Kami menyelamatkan kamu dengan badan kamu, supaya kamu menjadi satu ayat bagi orang-orang yang sesudah kamu. Sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada ayat-ayat Kami.'

 

Dan Kami menempatkan Bani Israil di sebuah penempatan yang sebenar, dan Kami merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik;" (10:90-93)

 

Kisah Firaun percaya akhirnya menamatkan cerita Nabi Musa di surah ke-10 al-Qur'an.

 

 

Laknat

 

"Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan kuasa yang nyata, Kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya; tetapi mereka mengikuti perintah Firaun, dan perintah Firaun adalah tidak waras. Dia mendahului kaumnya pada Hari Kiamat, dan memimpin mereka turun ke Api - buruknya tempat pengairan untuk diturunkan! Dan mereka diikuti di dunia ini oleh laknat, dan pada Hari Kiamat - buruknya tawaran yang ditawarkan!" (11:96-99)

 

Kitab di perselisihkan

 

"Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia telah diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan." (11:110)

 

"Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, 'Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah.' Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih).

 

Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, 'Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

 

Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan, "Jika kamu berterima kasih, sungguh Aku akan menambahkan kepada kamu, dan jika kamu tidak berterima kasih (kafir), azab-Ku sungguh keras."'

 

Dan Musa berkata, 'Jika kamu tidak berterima kasih (kafir), kamu dan sesiapa yang di bumi kesemuanya, namun begitu, sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji.'" (14:5-8)

 

Sembilan

 

"Dan Kami telah memberikan Musa sembilan ayat, bukti-bukti yang jelas. Tanyalah Bani Israil apabila dia datang kepada mereka, dan Firaun berkata kepadanya, 'Wahai Musa, aku menyangka kamu orang yang kena sihir.'

 

Berkata (Musa), 'Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa tiada yang menurunkan ini semua, melainkan Pemelihara langit dan bumi, sebagai bukti-bukti yang nyata; dan Firaun, aku menyangka kamu dibinasakan.'

 

Dia menghendaki untuk mengejutkan mereka daripada bumi; dan Kami menenggelamkan dia dan orang-orang yang bersama dia, kesemuanya." (17:101-103)

 

Surah kelapan belas, Al-Kahf, pula menceritakan pengalaman Nabi Musa dengan seorang hamba Allah yang telah diajar pengetahun dari sisi-Nya. Begini ceritanya:

 

"Dan apabila Musa berkata kepada budak suruhannya, 'Aku tidak akan berhenti sehingga aku sampai di pertemuan dua laut, walaupun aku terus berjalan dalam masa yang panjang.'

 

Kemudian, apabila mereka sampai di pertemuan mereka, mereka melupakan ikan mereka, dan ia mengambil jalannya ke laut, dengan mengorek lubang.

 

Apabila mereka telah melewati, dia berkata kepada budak suruhannya, 'Berilah kami sarapan kami; sesungguhnya kami menemui keletihan daripada perjalanan kami ini.'

 

Berkata, 'Apa pendapat kamu’ Tatkala kita mengambil perlindungan di batu, lalu aku melupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang membuat aku melupakannya, supaya aku tidak mengingatinya; dan ia mengambil jalannya ke laut dengan cara yang menakjubkan.'

 

Berkata, 'Inilah yang kita cari!' Maka mereka kembali (murtad) kepada kesan-kesan jejak mereka, dengan mengikutinya." (18:60-64)

 

Hamba berpengetahuan

 

"Kemudian mereka mendapati seorang hamba daripada hamba-hamba Kami yang kepadanya Kami telah memberikan pengasihan daripada Kami, dan Kami telah mengajarnya pengetahuan daripada sisi Kami.

 

Musa berkata kepadanya, 'Bolehkah aku ikut kamu supaya kamu mengajar aku, daripada apa yang kamu telah diajar, putusan yang betul’'

 

Berkata, 'Sesungguhnya kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku. Dan bagaimanakah kamu akan bersabar dengan apa yang kamu tidak meliputi dalam pengetahuan kamu’'

 

Berkata (Musa), 'Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, bersabar; dan aku tidak akan menentang kamu dalam urusan.'

 

Berkata, 'Jika kamu ikut aku, maka janganlah menanyai aku sesuatu sehingga aku sendiri mengemukakan sebutan mengenainya kepada kamu.'

 

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka naik di atas kapal, dia melubanginya. Berkata, 'Apa, adakah kamu melubanginya untuk menenggelamkan ahlinya’ Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang buruk.'

 

Berkata, 'Tidakkah aku mengatakan bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku’'

 

Berkata, 'Janganlah kamu mempertanggungjawabkan aku kerana aku lupa, dan jangan juga memaksa aku untuk membuat sesuatu perkara yang amat sukar.'

 

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka bertemu seorang anak lelaki muda, dia membunuhnya. Berkata, 'Apa, adakah kamu membunuh satu jiwa yang suci, dan bukan kerana membalas untuk jiwa yang dibunuh’ Sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang dahsyat.'

 

Berkata, 'Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa kamu tidak akan boleh bersabar dengan aku’'

 

Berkata, 'Jika aku menanyakan kamu mengenai sesuatu selepas ini, maka janganlah menemani aku lagi; kamu telah cukup memberi alasan kepadaku.'

 

Maka mereka bertolak; sehingga apabila mereka datang kepada penduduk sebuah bandar raya, mereka meminta makanan daripada penduduknya, tetapi mereka menolak untuk menerima mereka dengan layanan baik untuk tetamu. Kemudian mereka mendapati sebuah tembok yang hendak roboh, lalu dia menegakkannya. Berkata, 'Sekiranya kamu menghendaki, tentu kamu mengambil upah untuk itu.'

 

Berkata, 'Inilah perpisahan antara aku dan kamu. Sekarang aku akan memberitahu kamu interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya.' (18:65-78)

 

Interpretasi

 

"Mengenai kapal, ia kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut; dan aku menghendaki untuk merosakkannya kerana di belakang mereka ada seorang raja yang mengambil tiap-tiap kapal dengan paksa.

 

Mengenai anak lelaki muda, ibu bapaknya orang mukmin; dan kami takut dia akan memaksa mereka dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan. Maka kami menghendaki supaya Pemelihara mereka memberi mereka, dengan menukarkan yang lebih baik daripada dia, dalam zakat (kesucian), dan lebih dekat dalam kasih sayang.

 

Mengenai tembok, ia kepunyaan dua anak lelaki muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta simpanan kepunyaan mereka. Bapak mereka orang salih; dan Pemelihara kamu menghendaki supaya mereka sampai dewasa dan kemudian mengeluarkan harta simpanan mereka sebagai satu pengasihan daripada Pemelihara kamu. Aku tidak melakukannya daripada kemahuanku sendiri. Inilah interpretasi apa yang kamu tidak boleh bersabar dengannya.'" (18:79-82)

 

Begitu cerita Nabi Musa dengan seorang hamba Allah yang telah diajar-Nya perkara yang ghaib.

 

Rasul dan Nabi

 

"Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang rasul, seorang Nabi. Kami memanggilnya dari sebelah kanan gunung, dan Kami mendekatkannya dalam perhubungan. Dan Kami memberikan dia, saudaranya Harun, daripada pengasihan Kami, seorang Nabi." (19:51-53)

 

Nabi Musa yang tulus harus diingati. Baginda telah didekatkan dengan Allah dalam perhubungan. Saudaranya Harun juga seorang Nabi.

Surah ke-20 al-Qur'an pun mengandungi cerita Nabi Musa dengan panjang. Seluruh ceritanya memenuhi ruang yang disediakan di Bahagian ini. Antara yang diceritakan adalah Samiri, yang namanya hanya disebut di dalam surah Tha Ha yaitu nama surah tersebut. Dan kisah Nabi Musa dihanyutkan ke laut semasa baginda masih bayi merupakan satu lagi berita yang tidak disebut sebelum surah itu.

 

Hadis Musa

 

"Sudahkah datang kepada kamu hadis (cerita) Musa’ Apabila dia melihat api, dan berkata kepada keluarganya, 'Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku mendatangkan kepada kamu sepotong kayu yang bernyala, atau aku mendapati di api, petunjuk.'

 

Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, 'Wahai Musa, Sesungguhnya Akulah Pemelihara kamu; tanggalkanlah kasut kamu; kamu adalah di lembah suci, Thuwa. Aku Sendiri telah memilih kamu; maka dengarlah apa yang diwahyukan.

 

Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku. Saat pasti datang; Aku hampir-hampir merahsiakannya, supaya tiap-tiap jiwa dibalas dengan usahanya. Janganlah sesiapa menghalangi kamu daripadanya, yang tidak mempercayainya dan mengikuti keinginannya, atau kamu akan binasa.'" (20:9-16)

Dua ayat

 

"'Apakah itu yang di tangan kanan kamu, wahai Musa’'

 

Berkata, 'Ia tongkatku; aku bersandar padanya, dan dengannya aku memukul pokok untuk daun-daun kambingku, dan keperluan lain juga aku mendapati padanya.'

 

Berkatalah Dia, 'Lemparlah ia, wahai Musa!' Maka dia melemparnya, dan tiba-tiba ia menjadi ular yang merayap. Berkata, 'Ambillah ia, dan janganlah takut; Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang pertama.

 

Dan kepitkanlah tangan kamu pada sayap (ketiak) kamu; ia akan keluar putih, tanpa keburukan. Itu adalah ayat yang kedua, Untuk Kami memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat Kami yang terbesar. Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas.'

 

Berkata, 'Wahai Pemeliharaku, lapangkanlah dadaku, Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah ikatan pada lisanku (lidahku), Supaya mereka memahami ucapanku. Lantikkanlah untukku, daripada keluargaku, seorang wazir, Harun, saudaraku. Dengan dia, teguhkanlah kekuatanku, Dan sekutukanlah dia dengan aku dalam urusanku, Supaya kami menyanjung Engkau dengan banyak, Dan mengingati Engkau dengan banyak. Sesungguhnya Engkaulah yang melihat pada kami.'

 

Berkatalah Dia, 'Kamu diberi, wahai Musa, rayuan kamu.'" (20:17-36)

 

Ibu Musa

 

"Pada kali yang lain, Kami telah pun berbudi baik kepada kamu, Apabila Kami mewahyukan apa yang diwahyukan kepada ibumu, 'Lemparkanlah dia ke dalam tabut (peti), dan lemparkanlah dia ke laut, dan biarkanlah laut melemparnya ke tebing. Seorang musuh-Ku dan musuhnya akan mengambilnya.' Dan Aku melemparkan kepada kamu kasih sayang daripada-Ku, dan supaya kamu dibentuk di bawah mata-Ku (pengawasan-Ku).

 

Apabila saudara perempuan kamu pergi berjalan, dan berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kepada kamu orang yang akan menjaganya’' Maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu, supaya dia bergembira (berdingin mata), dan tidak bersedih." (20:37-40)

 

Banyak ujian

 

"Kemudian kamu membunuh satu jiwa, dan Kami menyelamatkan kamu daripada kesedihan, dan Kami menguji kamu dengan banyak ujian. Kamu telah tinggal beberapa tahun di kalangan penduduk Madyan, kemudian kamu datang, wahai Musa, menurut satu ketetapan.

 

Aku telah memilih kamu untuk diri-Ku, Pergilah kamu dan saudara kamu dengan ayat-ayat-Ku, dan janganlah lalai untuk mengingati-Ku. Pergilah kamu berdua kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas. Namun begitu, ucapkanlah dengan lemah lembut kepadanya; mudah-mudahan dia mengingati, atau dia takut."

 

Keduanya berkata, 'Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami takut bahawa dia bersegera menyeksa kami, atau melampaui batas.'

 

Berkatalah Dia, 'Jangan takut. Sesungguhnya Aku berserta kamu, mendengar dan melihat. Maka pergilah kamu berdua kepadanya, dan katakanlah, 'Kami adalah rasul-rasul Pemelihara kamu, maka utuskanlah bersama kami Bani Israil dan janganlah mengazab mereka; kami datang kepada kamu dengan ayat daripada Pemelihara kamu; dan kesejahteraan ke atas orang yang mengikuti petunjuk! Telah diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah kepada orang yang mendustakan dan berpaling.'" (20:40-46)

 

Firaun

 

"Berkata (Firaun), 'Siapakah Pemelihara kamu, wahai Musa’'

 

Berkata, 'Pemelihara kami ialah Dia yang memberikan segala sesuatu ciptaannya, kemudian memberinya petunjuk.'

Berkata, 'Dan bagaimanakah dengan generasi-generasi dahulu’'

 

Berkata, 'Pengetahuan mengenai mereka adalah di sisi Pemeliharaku di dalam Kitab; Pemeliharaku tidak sesat, dan tidak juga lupa.'

 

Dia yang membuatkan bumi untuk menjadi buaian bagi kamu, dan di dalamnya menyelitkan jalan-jalan untuk kamu dengan beberapa jalan, dan menurunkan air dari langit, dan dengannya Kami mengeluarkan bermacam-macam jenis tumbuhan. Makanlah kamu, dan biarkanlah binatang ternak kamu makan! Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang mempunyai pengertian. Daripadanya Kami mencipta kamu, dan kepadanya Kami mengembalikan kamu, dan mengeluarkan kamu darinya pada kali yang kedua.

 

Maka Kami memperlihatkan kepadanya semua ayat-ayat Kami, tetapi dia mendustakan, dan dia menolak. Berkata, 'Adakah kamu datang kepada kami untuk mengusir kami daripada bumi kami dengan sihir kamu, wahai Musa’ Sungguh, kami akan mendatangkan kepada kamu sihir yang serupa dengannya; maka buatlah satu janji temu antara kami dan kamu di suatu tempat yang disetujui bersama, dan kami tidak memungkirinya, dan tidak juga kamu.'

 

Berkata, 'Janji temu kamu ialah Hari Perhiasan. Hendaklah manusia dikumpulkan pada waktu duha (pagi).'

 

Firaun berpaling, dan mengumpulkan muslihatnya. Kemudian dia datang.

 

Musa berkata kepada mereka, 'Celakalah! Janganlah mengada-adakan dusta terhadap Allah supaya Dia tidak membinasakan kamu dengan azab. Kecewalah orang yang mengada-adakan.'

 

Dan mereka berbalahan dalam urusan mereka antara mereka, dan berbicara secara rahsia. Mereka berkata, 'Dua orang ini adalah ahli-ahli sihir, dan mereka menghendaki untuk mengusir kamu daripada bumi kamu dengan sihir mereka, dan untuk menghilangkan tarekat (jalan) kamu yang terutama. Maka kumpulkanlah muslihat kamu, kemudian datanglah dalam barisan-barisan. Sesiapa pada hari ini yang di atas, sungguh beruntung.'" (20:49-64)

 

Takut

 

Mereka berkata, 'Wahai Musa, adakah kamu yang akan melempar, atau kamikah yang pertama melemparkan’'

 

Berkata, 'Tidak, kamu lemparlah!' Dan tiba-tiba ia, seolah-olah nampak kepadanya, daripada sihir mereka, tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka merayap,

 

Dan Musa berasa takut di dalam dirinya. Kami berkata, 'Jangan takut; sesungguhnya kamulah yang tinggi, Lemparlah apa yang di tangan kanan kamu, dan ia akan menelan apa yang mereka buat; mereka hanya membuat tipu muslihat ahli sihir, dan ahli sihir tidak beruntung di mana sahaja dia datang.'

 

Dan ahli-ahli sihir melemparkan diri-diri mereka, bersujud. Mereka berkata, 'Kami percaya kepada Pemelihara Harun dan Musa.'

 

Berkata, 'Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu! Sesungguhnya dia ketua kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh, aku akan memotong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan menyalib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan mengetahui siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal.'

 

Mereka berkata, 'Kami tidak akan lebih menyukai kamu daripada bukti-bukti yang jelas yang datang kepada kami, dan tidak juga daripada Dia yang memulakan kami. Maka putuskanlah apa yang kamu akan memutuskan; kamu hanya boleh memutuskan mengenai kehidupan dunia ini. Kami percaya kepada Pemelihara kami supaya Dia mengampuni kami atas pelanggaran-pelanggaran kami, dan sihir yang kamu memaksa kami melakukannya; Allah adalah lebih baik, dan lebih kekal.'" (20:65-72)

 

 

 

Laut

 

"Kami mewahyukan Musa, 'Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; buatkanlah untuk mereka jalan yang kering di dalam laut, tanpa takut akan dipintas, dan tidak juga ketakut-takutan.'

 

Firaun mengikuti mereka dengan tenteranya, tetapi mereka ditutupi oleh laut, mereka ditutup. Dan Firaun telah menyesatkan kaumnya, dan tidak memberi petunjuk." (20:77-79)

 

Samiri

 

"'Mengapakah kamu bercepat-cepat daripada kaum kamu, wahai Musa’'

 

Berkata, 'Mereka adalah di atas jejakku; aku bercepat-cepat, wahai Pemeliharaku, hanya supaya aku memuaskan hati Engkau.'

 

Berkatalah Dia, 'Sungguh, Kami menguji kaum kamu sepeninggalan kamu, dan Samiri menyesatkan mereka.'

 

Kemudian Musa kembali, marah dan dukacita, kepada kaumnya. Dia berkata, 'Wahai kaumku, tidakkah Pemelihara kamu menjanjikan satu janji yang baik kepada kamu’ Adakah masa perjanjian terasa terlalu panjang kepada kamu, atau adakah kamu menghendaki bahawa kemurkaan diturunkan kepada kamu daripada Pemeliharamu, supaya kamu memungkiri janji temu kamu denganku’'

 

Mereka berkata, 'Kami tidak memungkiri janji temu kami dengan kamu daripada kemahuan kami; tetapi kami diberati oleh beban-beban, yang juga adalah perhiasan-perhiasan kaum, dan kami melemparkan mereka, seperti demikianlah Samiri melemparkan mereka, ke dalam api.'

 

Kemudian dia mengeluarkan bagi mereka Anak Lembu yang hanya berjasad, berbunyi seperti lembu; dan mereka berkata, 'Inilah tuhan kamu, dan tuhan Musa, yang dia lupa.'

Apa, tidakkah mereka melihat bahawa ia tidak mengembalikan ucapan kepada mereka, dan tidak juga ada sebarang kuasa untuk memudaratkan atau memanfaatkan mereka’

 

Namun begitu, Harun sebelumnya telah berkata kepada mereka, 'Wahai kaumku, kamu hanyalah diuji dengannya; sesungguhnya Pemelihara kamu ialah Yang Pemurah; maka ikutlah aku, dan taatlah kepada perintahku.'

 

Mereka berkata, 'Kami akan tetap bertekun padanya sehingga Musa kembali kepada kami.'

 

Berkata (Musa), 'Apakah yang menghalangi kamu, wahai Harun, apabila kamu melihat mereka sesat, Supaya kamu tidak mengikuti aku’ Adakah kamu mengingkari perintahku’'

 

Berkata, 'Wahai anak ibuku, janganlah mengambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut bahawa kamu akan berkata, "Kamu telah memecahkan Bani Israil, dan kamu tidak mengendahkan ucapanku."

 

Berkata (Musa), 'Dan kamu, Samiri, apakah urusan kamu’'

 

Berkata, 'Aku melihat apa yang mereka tidak lihat, dan aku mengambil segenggam debu daripada jejak rasul, dan melemparnya ke dalam benda itu. Demikianlah jiwaku menghasutku.'

 

Berkata, 'Pergilah! Bagi kamu dalam seluruh kehidupan dunia ini adalah untuk berkata, "Jangan sentuh aku!", dan selepas itu ada janji temu bagi kamu yang kamu tidak mungkir. Lihatlah pada tuhan kamu, yang kamu tetap bertekun padanya! Sungguh, kami akan membakarnya dan menaburkan abunya ke dalam laut, bertaburan.'" (20:83-97)

 

Samiri mengatakan dia nampak apa yang manusia tidak nampak, seolah-olah mengatakan dia mendapat wahyu. Katanya lagi, dia hanya mengikuti jejak Rasul! Itu adalah alasan yang mudah untuk menyesatkan orang lain.

Nabi Musa telah didustakan. Pembeda, Sinaran dan Peringatan (panggilan bagi Kitab al-Qur'an juga) yang diberi Allah kepadanya dan saudaranya, Nabi Harun, telah tidak dipercayai oleh kaumnya.

 

Didustakan

 

"Kami telah memberikan Musa dan Harun, Pembeda, dan Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang yang bertakwa," (21:48).

 

"dan Musa didustakan juga. Dan Aku menangguhkan orang-orang yang tidak percaya, kemudian Aku mengambil mereka; dan bagaimanakah dengan kebencian-Ku’" (22:44)

 

Dan Kami memberikan Musa Kitab supaya mereka mendapat petunjuk." (23:49)

 

Harun sebagai wazir

 

"Kami telah memberi Musa al-Kitab, dan melantik bersama dia saudaranya Harun sebagai wazir. Dan Kami berkata, 'Pergilah kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami'; kemudian Kami membinasakan mereka dengan kebinasaan yang sebenar-benarnya." (25:35-36)

 

Turut mengandungi cerita Nabi Musa dengan panjang ialah surah al-Qur'an yang ke-26, Asy-Asyu'ara, atau Para Penyair. Ceritanya bermula dari perintah Tuhan supaya Nabi Musa pergi kepada Kaum Firaun yang zalim untuk menyuruh mereka menjadi bertakwa (takut kepada Tuhan).

 

"Dan apabila Pemelihara kamu memanggil Musa, 'Pergilah kepada kaum yang zalim,

 

Kaum Firaun; tidakkah mereka bertakwa’'

 

Berkata, 'Wahai Pemeliharaku, aku takut mereka akan mendustakan aku, Dan dadaku menjadi sempit, dan lidahku tidak dapat dilepaskan; maka utuslah kepada Harun. Mereka juga ada satu kesalahan yang ada padaku, dan aku takut mereka akan membunuh aku.'

 

Berkata, 'Tidak sekali-kali! Pergilah kamu berdua dengan ayat-ayat Kami; sesungguhnya Kami bersama kamu, mendengarkan. Pergilah kamu kepada Firaun, dan katakanlah, 'Sesungguhnya aku adalah rasul Pemelihara semua alam. Maka utuslah bersama kami Bani Israil.'" (26:10-17)

 

Tujuannya adalah juga untuk melepaskan Bani Israil daripada pemerintahan kejam Firaun. Debat Musa-Firaun disebut lagi:

 

"Berkata (Firaun), 'Tidakkah kami yang memelihara kamu di kalangan kami sejak kanak-kanak, dan kamu tinggal bersama kami bertahun-tahun daripada umur kamu’ Dan kamu melakukan perbuatan kamu yang kamu telah melakukan, dan kamu termasuk orang-orang yang tidak percaya!'

 

Berkata, 'Aku melakukannya tatkala aku termasuk orang-orang yang sesat, Maka aku lari daripada kamu, takut pada kamu. Tetapi Pemelihara aku telah memberi aku Putusan, dan membuat aku antara para utusan. Itu adalah satu rahmat yang kamu berbudi kepadaku, bahawa kamu memperhambakan Bani Israil.'

 

Firaun berkata, 'Apakah ia Pemelihara semua alam’'

 

Berkata, 'Pemelihara langit dan bumi, dan apa-apa di antara keduanya, jika kamu yakin.'

 

Berkata kepada orang-orang di sekelilingnya, 'Tidakkah kamu mendengarkan’'

 

Berkata (Musa), 'Pemelihara kamu, dan Pemelihara bapak-bapak kamu dahulu kala.'

 

Berkata, 'Sesungguhnya rasul kamu yang diutus kepada kamu ialah orang yang dirasuk!'

 

Berkata, 'Pemelihara Timur dan Barat, dan apa-apa di antara mereka, jika kamu memahami.'

 

Berkata, 'Jika kamu mengambil tuhan selain aku, pasti aku akan membuat kamu antara orang-orang yang dipenjarakan.'

 

Berkata (Musa), 'Walaupun aku mendatangkan kepada kamu sesuatu yang jelas’'

 

Berkata, 'Datangkanlah ia, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.'

 

Maka dia melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba, ia menjadi seekor ular yang nyata. Dan dia mengeluarkan tangannya, lalu tiba-tiba, ia menjadi putih bagi orang-orang yang melihat.

 

Berkata kepada pembesar-pembesar di sekelilingnya, 'Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir), Yang menghendaki untuk mengusir kamu daripada bumi kamu dengan sihirnya; apakah yang kamu memerintahkan’'

 

Mereka berkata, 'Tangguhkanlah dia dan saudaranya seketika, dan kirimlah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan, Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim.'" (26:18-37)

 

Ahli sihir

 

"Maka ahli-ahli sihir dikumpulkan untuk waktu yang ditetapkan, hari yang ditentukan. Manusia ditanya, 'Adakah kamu akan berkumpul’ Semoga kita mengikuti ahli-ahli sihir jika merekalah orang-orang yang menang.'

 

Kemudian, apabila ahli-ahli sihir datang, mereka berkata kepada Firaun, 'Adakah kami benar-benar mendapat upah, jika kami orang-orang yang menang’'

 

Berkata, 'Ia, benar; dan kamu kemudiannya akan menjadi di kalangan yang berkedudukan dekat.'

 

Musa berkata kepada mereka, 'Lemparlah kamu apa yang kamu akan melemparkan.'

 

Lalu mereka melempar tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka, dan berkata, 'Dengan kekuasaan Firaun, pastilah kami orang-orang yang menang.'

 

Kemudian Musa melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia menelan apa yang mereka memalsukan." (26:38-45)

 

Ahli sihir sujud

 

Maka ahli-ahli sihir melemparkan diri, bersujud. Mereka berkata, 'Kami percaya kepada Pemelihara semua alam, Pemelihara Musa dan Harun.'

 

Berkata, 'Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu! Dia ketua kamu yang mengajar kamu sihir; sekarang kamu akan tahu! Sungguh, aku akan memotong, berselang-seli, tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan menyalib kamu kesemuanya.'

 

Mereka berkata, 'Tidak ada kemudaratan; sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik. Kami sangat menginginkan bahawa Pemelihara kami akan mengampuni kami atas pelanggaran-pelanggaran kami kerana kami yang pertama antara orang-orang mukmin.'" (26:46-51)

 

Gunung tinggi yang besar

 

"Dan Kami mewahyukan Musa, 'Berjalanlah dengan hamba-hamba-Ku pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan diikuti.'

 

Kemudian Firaun mengutus ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan. 'Sesungguhnya mereka ini kumpulan yang sedikit, Dan sesungguhnya mereka membuat kita marah, Dan kita semua berjaga-jaga.'

 

Maka Kami mengeluarkan mereka dari taman-taman (jannah) dan mata-mata air, Dan harta-harta simpanan, dan medan yang mulia. Demikianlah, dan Kami mewariskannya kepada Bani Israil.

 

Kemudian mereka mengikuti mereka pada waktu matahari terbit. Dan apabila kedua-dua kumpulan berlihat-lihatan, teman-teman Musa berkata, 'Kitalah orang-orang yang tersusul.'

 

Berkata, 'Tidak sekali-kali! Sesungguhnya Pemeliharaku bersamaku; Dia akan memberi petunjuk kepadaku.'

 

Kemudian Kami mewahyukan Musa, 'Pukullah laut dengan tongkat kamu'; dan ia terbelah, dan tiap-tiap bahagian seperti gunung tinggi yang besar. Dan di sana Kami mendekatkan yang lain, Dan Kami menyelamatkan Musa dan orang-orang yang bersama dia, kesemuanya. Kemudian Kami menenggelamkan yang lain.

 

Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin." (26:52-67)

 

Kisah Nabi Musa di Surah 26 berakhir dengan sebutan mengenai laut yang setinggi gunung yang besar! Namun, kebanyakan manusia tidak mempercayai-Nya juga. Kisah seterusnya didapati dalam surah yang menyusul.

 

Aku Allah

 

"Apabila Musa berkata kepada keluarganya, 'Aku melihat api, dan aku akan mendatangkan kepada kamu berita daripadanya, atau aku akan mendatangkan kepada kamu sepotong kayu berapi supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu.'

 

Maka apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil, 'Diberkatilah orang yang di api, dan orang yang di sekitarnya. Allah disanjung, Pemelihara semua alam!

 

Wahai Musa, sesungguhnya ini Aku, Allah, Yang Perkasa, Yang Bijaksana.

 

Lemparlah tongkat kamu.' Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh.

'Wahai Musa, jangan takut; sesungguhnya para utusan tidak takut di hadapan-Ku, Kecuali orang yang membuat kezaliman, kemudian sesudah kejahatan, menukarkan kepada kebaikan; sesungguhnya Aku Pengampun, Pengasih.

 

Sembilan

 

Masukkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan - antara sembilan ayat kepada Firaun dan kaumnya; mereka adalah kaum yang fasiq.'

 

Tetapi apabila ayat-ayat Kami yang dapat dilihat datang kepada mereka, mereka berkata, 'Ini sihir yang nyata.' Dan mereka menyangkalnya, walaupun jiwa mereka meyakininya, dengan kezaliman dan daripada kesombongan. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan!" (27:7-13)

 

Sampai ke hari ini, orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah menyifatkannya sebagai tidak benar, atau sihir, seperti kata Firaun dan pembesar-pembesarnya pada zaman dahulu. Walhal, Nabi Musa telah dipanggil dan diberi-Nya sembilan ayat.

 

Satu lagi surah yang diberitakan Allah mengenai Nabi Musa dengan panjang ialah yang bernama Cerita. Di dalamnya terdapat kisah Nabi Musa mendirikan rumahtangga, dan Karun dan Haman, yang disebut buat kali pertama di dalam al-Qur'an, dan cerita lain yang memberi pelajaran.

 

"Kami membacakan kamu sesuatu daripada berita Musa dan Firaun dengan benar untuk kaum yang mempercayai.

 

Sesungguhnya Firaun meninggi di bumi, dan dia memecah-belahkan penduduknya kepada golongan-golongan, menghinakan segolongan antara mereka, mengorbankan anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang membuat kerosakan.

Namun begitu, Kami menghendaki untuk berbudi baik kepada orang-orang yang dihina di bumi, dan Kami melantik mereka imam-imam, dan Kami membuat mereka pewaris-pewaris, Dan Kami meneguhkan mereka di bumi, dan Kami memperlihatkan kepada Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, apa yang mereka takuti." (28:3-6)

 

Ibu Musa

 

Maka Kami mewahyukan ibu Musa, 'Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan janganlah takut, dan jangan juga bersedih, kerana Kami akan mengembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan.'

 

Lalu keluarga Firaun memungutnya untuk menjadi musuh, dan kesedihan bagi mereka; sesungguhnya Firaun, dan Haman, dan tentera mereka, adalah antara orang-orang yang bersalah.

 

Berkata isteri Firaun, 'Dia akan menjadi satu pendingin mata (kegembiraan) bagiku dan bagi kamu. Janganlah membunuhnya; mudah-mudahan dia bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak.' Dan mereka tidak menyedari.

 

Pada paginya, hati ibu Musa menjadi kosong, dan dia hampir-hampir menampakkan dia sekiranya Kami tidak menguatkan hatinya, supaya dia (ibu Musa) termasuk orang-orang mukmin.

 

Dan dia berkata kepada saudara perempuannya, 'Ikutlah dia', dan dia melihatnya dari jauh, sedang mereka tidak menyedari.

 

Dan Kami mengharamkannya sebelum itu daripada disusukan oleh mana-mana ibu angkat; maka dia berkata, 'Bolehkah aku menunjukkan kamu kepada keluarga daripada seisi rumah yang akan menjaganya untuk kamu, dan mengasuhnya’'

 

Maka Kami kembalikan dia kepada ibunya, supaya dia bergembira dan tidak bersedih, dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (28:7-13)

Menumbuk

 

"Dan apabila dia telah dewasa, dan dia tegap, Kami memberikan dia putusan, dan pengetahuan; begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.

 

Dan dia masuk ke kota sewaktu penduduknya sedang lalai, dan dia mendapati di dalamnya dua orang lelaki sedang berperang; yang satu adalah daripada golongannya sendiri, dan yang lain, daripada musuhnya. Kemudian yang daripada golongannya meminta pertolongan kepadanya terhadap musuhnya; maka Musa menumbuknya, dan menentukannya (mematikannya), dan berkata, 'Ini adalah daripada amalan syaitan; sesungguhnya ia musuh yang menyesatkan, yang nyata.'

 

Berkata, 'Wahai Pemeliharaku, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah aku.' Maka Dia mengampuninya; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.

 

Berkata, 'Wahai Pemeliharaku, dengan apa yang Engkau merahmati aku, maka aku tidak menjadi penyokong bagi orang-orang yang berdosa.'

 

Pada waktu pagi, dia berada di kota, takut-takut dan berjaga-jaga; dan tiba-tiba, orang yang meminta pertolongannya kelmarin meminta pertolongan kepadanya lagi. Musa berkata kepadanya, 'Sesungguhnya kamu adalah orang yang bersalah yang nyata.'

 

Tetapi apabila dia hendak menyerang orang yang menjadi musuh kepada mereka berdua, orang itu berkata, 'Wahai Musa, adakah kamu menghendaki untuk membunuh aku sebagaimana kamu membunuh satu jiwa kelmarin’ Kamu hanya menghendaki untuk menjadi penindas di bumi; kamu tidak menghendaki untuk menjadi daripada orang-orang yang membetulkan.'

 

Kemudian datang seorang lelaki dari bahagian kota yang terjauh, berlari; dia berkata, 'Wahai Musa, pembesar mereka sedang bermuafakat untuk membunuh kamu. Keluarlah kamu, aku termasuk penasihat-penasihat kamu.'" (28:14-20)

Madyan

 

"Maka dia keluar darinya, takut-takut dan berjaga-jaga; dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.'

 

Dan apabila dia menghadapkan mukanya ke arah Madyan, dia berkata, 'Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada jalan yang betul.'

 

Dan apabila dia sampai di perairan Madyan, dia mendapati satu umat manusia di sana yang memberi minum, dan dia mendapati, selain daripada mereka, dua orang perempuan sedang menahan ternak mereka. Berkata, 'Apakah urusan kamu berdua’' Mereka berkata, 'Kami tidak dapat memberi minum sehingga penggembala-penggembala menghalau, dan bapak kami telah lanjut usia tuanya.'

 

Maka dia memberi minum untuk mereka; kemudian dia berpaling ke tempat yang teduh, dan dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku fakir (memerlukan) apa-apa kebaikan yang Engkau menurunkan kepadaku.'

 

Kemudian datang seorang daripada dua perempuan kepadanya, berjalan dengan malu, dan berkata, 'Bapakku memanggil kamu supaya dia membalas kamu dengan upah kerana kamu memberi minum untuk kami.' Maka apabila dia datang kepadanya, dan telah menceritakan kepadanya ceritanya, dia berkata, 'Jangan takut; kamu telah selamat daripada kaum yang zalim.'

 

Berkata seorang daripada dua perempuan, 'Ayah, ambillah upahan dia; sesungguhnya orang yang paling baik yang anda mengambil upahan ialah yang kuat, dipercayai.'" (28:21-22)

 

Berkeluarga

 

"Berkata, 'Aku menghendaki untuk mengahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu menyempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak menghendaki untuk memberatkan kamu. Kamu akan mendapati aku, jika Allah mengkehendaki, termasuk orang-orang yang salih.'

 

Berkata (Musa), 'Demikian itulah antara aku dan kamu. Yang mana sahaja daripada dua tempoh yang aku menunaikan, ia tidak ada permusuhan padaku; dan Allah wakil atas apa yang kita mengatakan.'" (28:27-28)

 

Api

 

"Maka apabila Musa telah menyempurnakan tempoh, dan dia berpergian dengan keluarganya pada malam hari, dia melihat api di tepi gunung. Dia berkata kepada keluarganya, 'Menetaplah kamu di sini; aku melihat api. Mudah-mudahan aku akan mendatangkan kepada kamu beritanya, atau berkas kayu daripada api, supaya kamu dapat memanaskan diri-diri kamu.'

 

Apabila dia datang kepadanya, dia dipanggil dari tebing sebelah kanan lembah di tempat yang lekuk yang diberkati, datang dari pokok, 'Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah, Pemelihara semua alam. Lemparlah tongkat kamu.' Dan apabila dia melihatnya menggetar-getar seperti seekor ular, dia berpaling, berundur, dan tidak menoleh.

 

'Wahai Musa, tampillah ke muka, dan jangan takut; sesungguhnya kamu aman. Selitkanlah tangan kamu ke dalam dada kamu, dan ia akan keluar putih tanpa keburukan; dan dakapkanlah kepada kamu tangan kamu supaya tidak gerun. Maka inilah dua bukti daripada Pemelihara kamu kepada Firaun, dan pembesar-pembesarnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.'

 

Berkata, 'Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya aku telah membunuh satu jiwa daripada mereka, dan aku takut bahawa mereka akan membunuh aku. Dan saudaraku Harun lebih fasih lidahnya (lisannya) daripada aku. Utuslah dia bersama aku sebagai pembantu, dan untuk mengesahkan aku kerana aku takut mereka akan mendustakan aku.'

 

Berkatalah Dia, 'Kami akan menguatkan tangan kamu dengan saudara kamu, dan Kami membuatkan kamu satu kuasa supaya mereka tidak sampai kepada kamu kerana ayat-ayat Kami; kamu, dan sesiapa yang mengikuti kamu, adalah orang-orang yang menang.'" (28:29-35)

Sihir

 

"Maka apabila Musa datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang diada-adakan. Kami tidak pernah mendengar yang ini di kalangan bapak-bapak kami yang dahulu.'

 

Tetapi Musa berkata, 'Pemeliharaku sangat mengetahui siapa yang datang dengan petunjuk daripada-Nya, dan siapa yang mendapat tempat kediaman muktamad; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung.'

 

Dan Firaun berkata, 'Wahai pembesar-pembesar, aku tidak mengetahui bahawa kamu ada tuhan selain daripada aku! Nyalakanlah api untukku, wahai Haman, pada tanah liat, dan buatkanlah untukku sebuah menara yang tinggi, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, kerana aku menyangka bahawa dia termasuk pendusta-pendusta.'

 

Dan dia berlaku sombong di bumi, dia dan tenteranya, dengan cara yang salah; dan mereka menyangka bahawa mereka tidak dikembalikan kepada Kami.

 

Lalu Kami mengambil dia dan tenteranya, dan melemparkan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang zalim.

 

Dan Kami melantik mereka imam-imam yang menyeru ke Api; dan pada Hari Kiamat, mereka tidak ditolong. Dan Kami mengikuti mereka di dunia ini dengan laknat, dan pada Hari Kiamat, mereka menjadi antara yang dibenci." (28:36-41)

 

Karun

 

"Sesungguhnya Karun adalah daripada kaum Musa; dia menjadi angkuh kepada mereka kerana Kami memberinya harta-harta simpanan yang kunci-kuncinya adalah beban yang sungguh berat untuk sekumpulan orang yang mempunyai kekuatan. Apabila kaumnya berkata kepadanya, 'Janganlah kamu berbangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membanggakan diri. Tetapi carilah, dengan apa yang Allah memberikan kamu, tempat kediaman akhir, dan janganlah melupakan bahagian kamu di dunia ini; dan berbuatbaiklah, sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu. Dan janganlah mencari untuk membuat kerosakan di bumi; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.'

 

Dia berkata, 'Apa yang aku diberi hanyalah kerana pengetahuan yang ada padaku.' Apa, tidakkah dia mengetahui bahawa Allah telah memusnahkan sebelum dia, generasi-generasi daripada orang-orang yang lebih kuat daripada dia dalam kekuatan, dan lebih banyak dalam kumpulan’ Dan orang-orang yang berdosa tidak ditanya mengenai dosa-dosa mereka.

 

Maka dia keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia berkata, 'Sekiranya kita mempunyai yang serupa dengan apa yang Karun diberi! Sesungguhnya dia seorang yang mempunyai peruntungan yang besar.'

 

Tetapi orang-orang, yang kepada mereka diberi pengetahuan berkata, 'Celakalah kamu! Ganjaran Allah adalah lebih baik bagi orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; dan tiada yang akan menerimanya kecuali orang-orang yang sabar.'

 

Maka Kami membuatkan bumi menelannya dan tempat tinggalnya dan tidaklah ada golongan yang menolongnya, selain daripada Allah, dan dia tanpa pertolongan.

 

Dan pada waktu pagi, orang-orang yang menginginkan tempatnya kelmarin berkata, 'Aduhai, Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Sekiranya Allah tidak berbudi baik kepada kami, tentu Dia membuatkan kami ditelan juga. Aduhai, orang-orang yang tidak percaya tidak beruntung!'" (28:76-82)

 

Sombong

 

"Dan Karun, dan Firaun, dan Haman; Musa telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka berlaku sombong di bumi; namun begitu, mereka tidak mendahului Kami." (29:39)

 

 

Perjanjian

 

"Dan apabila Kami mengambil perjanjian daripada Nabi-Nabi, dan daripada kamu (Muhammad), dan daripada Nuh, dan Ibrahim, dan Musa, dan Isa putera Mariam; Kami mengambil daripada mereka satu perjanjian yang kukuh," (33:7)

 

Menyakiti Musa

 

"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa, tetapi Allah membebaskannya daripada apa yang mereka mengatakan, dan dia terhormat di sisi Allah." (33:69)

 

Menang

 

"Sesungguhnya Kami telah berbudi baik kepada Musa dan Harun, Dan Kami menyelamatkan mereka, dan kaum mereka daripada kecemasan yang besar. Dan Kami menolong mereka supaya mereka menjadi orang-orang yang menang.

 

Dan Kami memberi mereka Kitab yang jelas, Dan memberi mereka petunjuk pada jalan lurus,

 

Dan meninggalkan keduanya di kalangan orang-orang yang akhir. 'Kesejahteraan ke atas Musa dan Harun!' Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik, Mereka adalah antara hamba-hamba Kami yang mukmin." (37:114-122)

 

Nabi Musa telah diberi sebuah Kitab yang jelas, seperti al-Qur'an. Baginda dan saudaranya berbuat baik. Mereka adalah orang-orang mukmin sebenarnya, atau yang mempercayai Kitab Allah, lalu mendapat petunjuk pada jalan lurus. Dan mereka menang.

 

Surah ke-40, al-Mukmin, adalah surah terakhir menceritakan kisah Nabi Musa dengan panjang. Di dalamnya terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang menyembunyikan keimanannya. Nama surah mengambil seperti orang mukmin tersebut.

 

Ayat dan kuasa

 

"Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, dan satu kuasa yang nyata, Kepada Firaun, dan Haman, dan Karun; mereka berkata, 'Seorang ahli sihir yang dusta!'

 

Dan apabila dia mendatangkan kepada mereka yang benar daripada Kami, mereka berkata, 'Bunuhlah anak-anak lelaki orang-orang yang percaya bersama dia, dan biarkanlah hidup perempuan-perempuan mereka.' Tetapi muslihat orang-orang yang tidak percaya adalah dalam kesesatan.

 

Dan Firaun berkata, 'Biarlah aku membunuh Musa, dan hendaklah dia berseru kepada Pemeliharanya. Aku takut bahawa dia akan menukarkan agama kamu, atau dia menimbulkan kerosakan di bumi.'

 

Dan Musa berkata, 'Aku berlindung pada Pemeliharaku, dan Pemelihara kamu, daripada setiap orang yang menyombongkan diri, dan tidak mempercayai Hari Perhitungan.' (40:23-27)

 

Menyembunyikan keimanan

 

"Kemudian berkata seorang lelaki yang mukmin daripada keluarga Firaun yang menyembunyikan keimanannya, 'Apa, adakah kamu akan membunuh seorang lelaki kerana dia berkata, "Pemeliharaku ialah Allah" walaupun dia mendatangkan kepada kamu bukti-bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu’ Jika dia seorang pendusta, kedustaannya adalah terhadapnya; tetapi jika dia benar, maka sebahagian daripada apa yang dia menjanjikan kamu akan menimpa kamu. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang membazir (berlebihan), dan pendusta.

Wahai kaumku, hari ini kerajaan kepunyaan kamu, yang berkuasa di bumi. Tetapi siapakah yang menolong kita terhadap bencana Allah, jika ia datang kepada kita’'

 

Firaun berkata, 'Aku hanya memperlihatkan kepada kamu apa yang aku memperlihatkan; aku hanya memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus.'

 

Kemudian berkata orang yang percaya, 'Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan yang serupa dengan hari golongan-golongan, Seperti keadaan kaum Nuh, dan Ad, dan Tsamud, dan orang-orang yang sesudah mereka; dan Allah tidak menghendaki untuk menzalimkan hamba-hamba-Nya.

 

Wahai kaumku, aku takut untuk kamu akan Hari Panggil-Memanggil, Pada hari kamu berpaling, berundur, dengan tanpa yang melindungi kamu daripada Allah; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, tidak ada baginya yang memberi petunjuk. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia mendatangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia telah mati, kamu berkata, "Allah tidak akan membangkitkan seorang rasul selepas dia." Begitulah Allah menyesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu.'" (40:28-34)

 

Haman

 

Firaun berkata, 'Wahai Haman, binalah untukku sebuah menara yang tinggi supaya aku sampai di tali-tali, Tali-tali langit, dan melihat Tuhan Musa; kerana aku menyangka bahawa dia seorang pendusta.' Maka kejahatan daripada amalan-amalannya dinampakkan indah bagi Firaun, dan dia dihalangi daripada jalan, dan muslihat Firaun hanyalah dalam kebinasaan." (40:36-37)

 

Orang yang menyembunyikan keimanannya berkata lagi,

 

"'Wahai kaumku, ikutlah aku, dan aku akan memberi petunjuk kepada kamu pada jalan lurus.

 

Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang berlalu; sesungguhnya akhiratlah tempat kediaman yang stabil. Sesiapa yang membuat kejahatan akan dibalas hanya dengan yang serupa dengannya, tetapi sesiapa membuat satu kerja kebaikan, lelaki atau perempuan, dan dia mukmin - mereka itu akan masuk ke Taman, di dalamnya diberi rezeki tanpa perhitungan.

 

Wahai kaumku, bagaimanakah dengan aku, bahawa aku menyeru kamu kepada keselamatan, dan kamu menyeru aku ke Api’ Kamu menyeru aku supaya aku tidak percaya kepada Allah, dan untuk menyekutukan-Nya dengan apa yang aku tiada pengetahuan, sedang aku menyeru kamu kepada Yang Perkasa, Yang Pengampun. Tidak syaklah bahawa kamu menyeru aku kepada yang tiada seruan untuknya, di dunia dan tidak juga di akhirat, dan kepada Allah kita kembali, dan bahawa orang-orang yang membazir (berlebihan) adalah orang-orang Api.

 

Kamu akan ingat apa yang aku mengatakan kepada kamu. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah melihat hamba-hamba-Nya.'

 

Maka Allah melindunginya daripada kejahatan tipu daya mereka, dan meliputi keluarga Firaun, azab yang jahat," (40:38-45).

 

Petunjuk dan perselisihan

 

"Dan Kami telah memberikan Musa petunjuk, dan Kami mewariskan Bani Israil, Kitab, Untuk satu petunjuk, dan satu peringatan, bagi orang-orang yang mempunyai minda." (40:53)

 

"Dan Kami telah memberikan Musa Kitab; dan berlakulah perselisihan mengenainya, dan jika tidak kerana satu Kata yang terdahulu daripada Pemelihara kamu, tentu ia diputuskan antara mereka; dan mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan." (41:45)

 

Lakukanlah Agama

 

"Dia mensyariatkan bagi kamu sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu (Muhammad), dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: 'Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.' Amatlah benci bagi orang-orang yang menyekutukan pada apa yang kepadanya kamu menyeru mereka. Allah memilih kepadanya sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan." (42:13)

Setelah tidak disebut dalam dua surah, Firaun muncul lagi, yaitu surah ke-43 al-Qur'an, atau Perhiasan.

 

Firaun dan pembesar mengetawakan

 

"Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, 'Sesungguhnya aku adalah rasul Pemelihara semua alam.'

 

Tetapi apabila dia datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, tiba-tiba mereka mengetawakannya. Dan tiada satu ayat yang Kami memperlihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami mengambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.

 

Dan mereka berkata, 'Wahai ahli sihir, mohonlah kepada Pemelihara kamu untuk kami dengan perjanjian yang Dia buat dengan kamu supaya kami benar-benar mendapat petunjuk.'

 

Tetapi apabila Kami menghilangkan daripada mereka azab, tiba-tiba mereka memungkiri ketaatan mereka.

 

Dan Firaun mengumumkan kepada kaumnya, dia berkata, 'Wahai kaumku, bukankah kepunyaanku kerajaan Mesir, dan sungai-sungai ini yang mengalir di bawahku’ Apa, tidakkah kamu melihat’ Atau, tidakkah aku yang lebih baik daripada lelaki ini, yang keji, dan hampir tidak dapat menjelaskan’ Mengapa pula gelang-gelang emas tidak dilemparkan kepadanya, atau malaikat-malaikat tidak datang bersama dia untuk bergabung’'

 

Maka dia menggelisahkan kaumnya, dan mereka mentaatinya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasiq.

 

Maka, apabila mereka telah membuat Kami murka, Kami melepaskan dendam kepada mereka, dan Kami menenggelamkan mereka kesemuanya, Dan membuat mereka sesuatu yang telah lalu, dan Kami menjadikan mereka satu contoh bagi orang yang kemudian." (43:46-56)

 

Nabi Musa telah disakiti oleh kaumnya walaupun mereka tahu bahawa baginda adalah seorang Rasul Allah. Itu kerana hati mereka telah menyimpang.

 

Menyimpangkan hati

 

"Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, 'Wahai kaumku, mengapakah kamu menyakiti aku, walaupun kamu mengetahui bahawa aku adalah rasul Allah kepada kamu’' Apabila mereka menyimpang Allah menyimpangkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq." (61:5)

 

Sampai kepada hadis Musa yang terakhir diturunkan di sini, yaitu daripada surah Yang Meregut yang ke-79 di dalam al-Qur'an.

 

Aku adalah Pemelihara kamu, Yang Tinggi!

 

"Sudahkah datang kepada kamu hadis Musa’ Apabila Pemeliharanya memanggilnya di lembah suci, Thuwa. 'Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya dia melampaui batas. Dan katakanlah, "Adakah bagi kamu untuk menyucikan diri kamu, Dan aku memberi petunjuk kepada kamu pada Pemelihara kamu supaya kamu takut’"

 

Maka dia memperlihatkan kepadanya ayat yang besar, Tetapi dia mendustakan, dan mengingkari,

 

Kemudian dia berundur, berusaha, Kemudian dia mengumpulkan dan mengumumkan, Dan dia berkata, 'Aku adalah Pemelihara kamu, Yang Tinggi!'

 

Maka Allah mengambilnya dengan seksaan yang Akhir Dunia dan yang Pertama. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah pelajaran bagi orang yang takut!" (79:15-25)

 

Seksaan Allah ke atas Firaun menjadi pelajaran bagi orang-orang yang takut kepada Tuhan. Firaun tidak takut, dan dia melampaui batas. Kepadanya Allah menugaskan Nabi Musa untuk bersemuka dengannya, menyuruhnya menyucikan diri, dan takut kepada-Nya. Tugas itu, seperti yang diketahui, adalah tidak mudah.

 

Sebutan nama Musa yang terakhir di dalam al-Qur'an didapati di dalam Surah ke-87, Yang Tinggi. Namanya disebut bersama Nabi Ibrahim yang bentuk kitabnya sama yaitu naskhah gulungan. Kandungan surah tersebut adalah seperti berikut:

 

"Sanjungkanlah nama Pemelihara kamu, Yang Tinggi,

Yang mencipta dan membentuk, Yang menentukan dan memberi petunjuk,

Yang mengeluarkan perumputan, Kemudian membuatnya kering kehitam-hitaman.

Kami akan membuat kamu membaca supaya tidak lupa, Kecuali apa yang Allah mengkehendaki; sesungguhnya Dia mengetahui perkataan yang dilantangkan, dan apa yang disembunyikan. Kami memudahkan kamu dalam yang Mudah. Maka berilah peringatan, jika Peringatan bermanfaat, Orang yang takut akan mengingati,

Tetapi orang yang paling sengsara akan menjauhinya, Yang akan dipanggang di Api Besar, Kemudian dia tidak mati di dalamnya, dan tidak juga hidup. Beruntunglah orang yang menyucikan dirinya, Dan mengingati (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah. Tidak, tetapi kamu lebih menyukai kehidupan dunia, Dan akhirat adalah lebih baik, dan lebih kekal. Sesungguhnya ini adalah di dalam naskhah-naskhah gulungan  yang terdahulu, Naskhah-naskhah gulungan Ibrahim dan Musa." (87:1-19)

 

Allah membuat kita membaca supaya tidak lupa, Kata-Nya. Disebut-Nya pula kisah Nabi Musa berulang kali di dalam al-Qur'an dengan tujuan yang sama. Sesungguhnya kisah Nabi Musa penuh dengan pelajaran. Namun, Peringatan hanya berguna bagi orang-orang yang takut kepada Allah, dan sentiasa mengingatinya. Sementara orang-orang yang paling sengsara, yang akan dipanggang di Api Besar, akan menjauhinya.

 

 

 

 

 

                            Nabi Yahya

 

Nabi dan Rasul

 

Nabi dan Rasul adalah orang-orang yang dipilih oleh Tuhan untuk menyampaikan ajaran-Nya yang terkandung di dalam Kitab kepada manusia.

 

Nabi adalah juga Rasul kerana dia menyampaikan. Perkataan Rasul bermakna pembawa atau penyampai. Akan tetapi, bukan semua Rasul diangkat menjadi Nabi.

 

Justeru itu, Nabi adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Rasul. Nabi diberi Kitab dan telah membuat perjanjian dengan Allah, seperti yang diceritakan di dalam al-Qur'an berbunyi:

 

"Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, 'Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju’'" (3:81).

 

Perjanjian antara Nabi dan Allah di sini adalah untuk menolong Rasul yang datang kepada mereka, dan percaya kepada mereka, untuk menyampaikan Kitab Allah kepada manusia.

 

Nabi dan Rasul adalah ramai, diutus dari semasa ke semasa sejak zaman purba lagi. Antara yang disebut oleh Allah adalah nama-nama yang disemadikan di dalam ayat-ayat berikut:

 

"Dan Kami memberikan dia (Ibrahim) Ishak, dan Yaakub - masing-masing Kami memberi petunjuk. Dan Nuh, Kami memberi petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun - begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik. Dan Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih. Dan Ismail, dan Alyasa, dan Yunus, dan Lut; masing-masing Kami melebihkan di atas semua alam." (6:84-86)

 

Dan Muhammad adalah juga Nabi dan Rasul disebut di dalam ayat lain, yaitu 33:40.

 

Semua Nabi adalah handalan belaka. Manusia tidak dibenarkan membuatkan perbedaan antara mereka, misalnya, berkata bahawa Nabi Isa itu adalah lebih handal daripada Nabi Muhammad, atau berkata, Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling mulia antara semua Nabi Allah.

 

Larangan itu datang dari Tuhan, dengan ayat-Nya yang berbunyi,

 

"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim,'" (2:136).

 

Ayat 3:84 turut melarang amalan membeda-bedakan Nabi. Selanjutnya, manusia juga dilarang membuat perbedaan antara para Rasul Allah, seperti yang dijelaskan dalam ayat Tuhan, 2:285. Orang-orang yang tidak membuat perbedaan antara rasul-rasul-Nya akan diberi upah atau pahala oleh Tuhan (4:152).

 

Sebelum menamatkan penjelasan mengenai Nabi dan Rasul di sini, yang akan bersambung dalam cerita-cerita Nabi akan datang, disebut satu daripada sifat Nabi yang ditegaskan oleh Allah di dalam sebuah ayat, yaitu bahawa Nabi tidak menipu. Dia tidak bercakap bohong. Inilah bunyi ayat-Nya:

 

"Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi." (3:161).

 

Nabi Yahya

 

Tidak ramai antara para Nabi diceritakan ceritanya dari kecil di dalam al-Qur'an. Mereka yang diceritakan kisahnya semasa kanak-kanak adalah Nabi Musa, Yusuf, Isa dan Yahya.

 

Nama Yahya disebut sebanyak lima kali di dalam al-Qur'an. Cerita bermula dengan bapak Nabi Yahya, bernama Zakaria, yang memohon kepada Tuhan agar dikurniakan seorang anak. Dua ayat Tuhan yang berikut mengisahkannya:

 

"Dan Zakaria, apabila dia memanggil Pemeliharanya, "Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan aku sendirian, dan Engkau yang terbaik daripada pewaris-pewaris."

Lalu Kami menyahutinya, dan Kami memberinya Yahya, dan Kami membetulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan berseru kepada Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka merendah hati kepada Kami," (21:89-90).

 

Permintaannya ditunaikan oleh Allah kerana "mereka bersegera kepada kebajikan, dan berseru kepada Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka merendah hati kepada Kami."

 

Tuhan mengutuskan malaikat-malaikat kepada Zakaria untuk memberitahu tentang kedatangan anaknya, bernama Yahya, yaitu nama yang diberi sendiri oleh Tuhan, dan nama Yahya yang pertama di dunia.

 

Beginilah Allah menceritakannya dalam dua buah ayat:

 

"Dan malaikat-malaikat memanggilnya (Zakaria), sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, 'Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih (baik).'" (3:39).

 

"Wahai Zakaria, Kami memberi kamu berita gembira mengenai seorang anak lelaki, namanya Yahya. Tiada yang Kami membuatkan nama seperti ini sebelumnya." (19:7).

 

Semasa kanak-kanak lagi Nabi Yahya telah dipimpin oleh Allah. Lalu dia menjadi pandai, suka membaca Kitab Tuhan, takut kepada Tuhan, taat kepada ibu bapak, dan dia, tidak sombong dan ingkar.

 

Firman-Nya:

 

"'Wahai Yahya, ambillah Kitab itu dengan kekuatan"; dan Kami memberinya Putusan semasa kanak-kanak lagi; dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan kesucian, dan dia bertakwa; dan seorang yang taat kepada ibu bapaknya, dan dia tidak sombong, ingkar. Kesejahteraan ke atas dia, pada hari dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup," (19:12-15).

 

Renungkanlah nilai-nilai murni yang terdapat pada diri Nabi Yahya di dalam ayat-ayat tersebut.

 

Demikianlah sebuah kisah mengenai seorang Nabi semasa dalam alam kanak-kanak. Kisah itu menjadi teladan bagi semua manusia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                             Nabi Yusuf

Dua pelajaran diperolehi daripada kisah Nabi Yusuf. Pertama, mengenai makna sepatah perkataan Arab di dalam al-Qur'an. Perkataan itu ialah "rasul" yang lazimnya diguna untuk "Rasul Allah", atau "Utusan Allah". Akan tetapi, pada sebuah ayat dalam surah Yusuf perkataan itu digunakan oleh Allah untuk seorang utusan atau pembawa berita kepada seorang raja. Inilah ayatnya:

 

"Raja berkata, 'Datangkanlah dia (Yusuf) kepadaku.' Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia (Yusuf) berkata, 'Kembalilah kepada pemelihara (raja) kamu, dan tanyalah dia, 'Bagaimanakah dengan wanita-wanita yang memotong tangan mereka’' Sesungguhnya Pemeliharaku mengetahui muslihat mereka.'" (Qur'an 12:50).

 

Maka perkataan rasul bukan sahaja diguna untuk Rasul Allah, malah ia boleh digunakan untuk orang yang tugasnya seperti utusan atau pembawa berita bagi orang lain.

 

Rasul di dalam ayat tadi adalah orang suruhan bagi seorang raja yang dihantar, atau diutus, untuk berjumpa dan membawa Nabi Yusuf dari penjara ke istana. Begitulah sedikit kisah Nabi Yusuf yang menarik disebut di sini.

 

Dengan itu, membawa kepada pelajaran kedua dalam kisah Nabi Yusuf dengan adik-beradik, ibu dan bapaknya. Cerita-cerita mereka merupakan suatu pelajaran juga, seperti kata Allah:

 

"Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda" (12:111).

 

Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke-12 al-Qur'an. Nama surah itu pun mengambil seperti nama Nabi Yusuf, yaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, yaitu kira-kira 3,700 tahun dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.

 

Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al-Qur'an. Firman-Nya:

 

"Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur'an ini" (12:3).

 

Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak-kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapaknya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.

 

"Apabila Yusuf berkata kepada bapaknya, 'Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya" (12:4).

 

Setelah mendengar cerita Yusuf, bapaknya melarang mimpi itu daripada diceritakan kepada saudara-saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.

 

Abang-abangnya tidak suka padanya kerana mereka sangka Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapak mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain. Akan tetapi,

 

"Seorang daripada mereka berkata, 'Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan'" (12:10). 

 

Setelah menetapkan rancangan itu mereka pergi kepada bapak mereka, meminta kebenarannya, supaya Yusuf dapat pergi bersama mereka untuk bersuka-suka dan bermain-main pada keesokan hari.

 

Pada mulanya bapak mereka keberatan untuk membenarkan Yusuf pergi bersama mereka, dengan berkata "Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya" (12:13).

 

"Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, lalu Kami mewahyukannya, 'Kamu akan memberitahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak menyedari'" (12:15).

 

Mereka balik kepada bapak mereka pada waktu isyak, menangis dan berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami, lalu serigala memakannya. Tetapi ayah tidak akan mempercayai kami, walaupun kami berkata benar."

 

Dan, mereka menunjukkan baju Yusuf dengan darah palsu padanya. Bapaknya berkata, "Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan."

 

Tidak lama kemudian, pengembara-pengembara datang ke perigi di mana Yusuf berada di dasarnya. Mereka mengutus seorang pengambil air lalu dia menurunkan timbanya. Tiba-tiba dia berkata, "Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda."

 

Mereka mengambil Yusuf dan merahsiakannya sebagai barang dagangan; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. Kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, hanya beberapa dirham sahaja, kerana mereka tidak menghargainya.

 

Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, "Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak sendiri."

 

Dengan itu, Tuhan meneguhkan Yusuf di bumi supaya Dia mengajarnya interpretasi mimpi.

 

Maka tinggallah Nabi Yusuf bersama orang Mesir yang membelinya sehingga dewasa. Dia menjadi seorang lelaki yang amat kacak. Kekacakan beliau membuatkan perempuan, yang di rumahnya dia tinggal, tergoda.

 

Perempuan itu menutup pintu-pintu seraya berkata, "Marilah kepadaku!" Yusuf menjawab, "Pada Allah berlindung! Sesungguhnya tuanku telah memberi aku tempat tinggal yang baik!"

 

Kalau tidak kerana pertolongan Allah, Nabi Yusuf turut tergoda pada perempuan itu. Kedua-duanya lari ke pintu, dan perempuan tersebut mengoyakkan baju Yusuf dari belakang.

 

Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Perempuan itu berkata, "Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih’"

 

Yusuf berkata, "Dia yang menggoda saya". Lalu seorang daripada ahli keluarga itu memberi suatu penjelasan, "Jika bajunya dikoyakkan di bahagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar, dan Yusuf berdusta, tetapi jika bajunya dikoyakkan di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan  Yusuf orang yang benar."

 

Apabila ketua mereka melihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, "Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar. Yusuf, berpalinglah daripada ini, dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu bersalah."

 

Kejadian itu sampai ke telinga wanita-wanita tertentu di kota. Mereka berbisik, "Isteri Gubernur menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta!"

 

Setelah isteri Gubernur mendengar bisikan-bisikan licik mereka, dia mengutus kepada mereka, dan menyediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia memberikan tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau.

 

Kemudian, dia menyuruh Yusuf pergi kepada perempuan-perempuan tersebut. Apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka memotong tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."

 

Lalu isteri Gubernur berkata, "Inilah dia orangnya yang kamu mencela aku dengannya. Benar, aku telah menggoda dia, tetapi dia menolak. Dan, jika dia tidak membuat apa yang aku memerintahkannya, dia akan dipenjarakan."

 

Yusuf berkata, "Pemeliharaku, penjara lebih aku menyukai untukku daripada apa yang mereka menyeru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak memalingkan  muslihat mereka daripada aku, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku menjadi orang yang bodoh."

 

Pemeliharanya pula menyahutinya, dan Dia memalingkan daripadanya muslihat perempuan-perempuan itu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

 

Maka Yusuf dimasukkan ke dalam penjara. Bersama dia adalah dua orang pemuda. Seorang daripada mereka berkata, "Aku bermimpi bahawa aku memerah anggur." Berkata yang lain, "Aku bermimpi bahawa aku membawa roti di atas kepalaku dan burung-burung makan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya. Kami melihat bahawa kamu adalah orang yang berbuat baik."

 

Yusuf berkata, "Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk tuannya; bagi yang satu lagi, dia akan disalib, dan burung akan makan sebahagian daripada kepalanya."

 

Kemudian dia berkata kepada orang yang dia menyangka akan diselamatkan antara keduanya, "Sebutlah aku kepada tuan kamu." Akan tetapi, syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutnya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.

 

Suatu hari, raja berkata, "Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku."

 

Tiada seorang pun antara mereka yang tahu. Kemudian pemuda yang telah diselamatkan dahulu berkata, setelah teringat, "Aku sendiri akan memberitahu kamu interpretasinya, maka utuslah aku."

 

"Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus memakan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering, supaya aku kembali kepada mereka agar mereka mengetahui."

 

Yusuf berkata, "Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan. Selepas itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah."

 

Raja berkata setelah mendengar interpretasi mimpi oleh Yusuf yang dibawa oleh utusannya, "Datangkanlah dia kepadaku." Apabila utusan itu tiba, Yusuf berkata, "Kembalilah kepada tuan kamu, dan tanyalah dia, mengenai wanita-wanita yang memotong tangan mereka’"

 

Raja bertanya, "Apakah urusan kamu, perempuan-perempuan, apabila kamu menggoda Yusuf’" Mereka menjawab, "Dijauhkan Allah! Kami tidak mengetahui kejahatan padanya."

 

Isteri Gubernur berkata, "Sekarang yang benar akhirnya menjadi nyata. Sayalah yang menggodanya."

 

Raja berkata, "Datangkanlah dia kepadaku. Aku akan mendekatkannya dengan diriku." Setelah Yusuf berada dengannya, dia berkata kepada Yusuf, "Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami."

 

Yusuf berkata, "Lantiklah saya kepada perbendaharaan bumi ini; saya adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."

 

"Maka Kami meneguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia kehendaki, dan Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik" (12:56).

 

Suatu hari, saudara-saudara Yusuf datang lalu masuk kepadanya. Dia kenal akan mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya. Mereka datang untuk meminta pertolongan makanan.

 

Setelah Yusuf menyiapkan bekal untuk mereka, dia berkata, "Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapak kamu. Tidakkah kamu melihat aku menepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu’ Tetapi jika kamu tidak mendatangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu dapat mendekatiku."

 

Mereka menjawab, "Kami akan memujuk bapak kami; itu kami akan buat."

 

Lalu Yusuf menyuruh budak-budak suruhannya meletakkan balik barang-barang mereka (yang dibawa untuk mengganti bekalan makanan daripada Yusuf) ke dalam pundi-pundi mereka supaya mereka mengenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka.

 

Apabila mereka kembali kepada bapak mereka, mereka berkata, "Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami, maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami mendapatkan sukatan itu. Sesungguhnya kami akan menjaganya."

 

Bapak mereka berkata, "Adakah aku akan mempercayai kamu kepadanya seperti aku mempercayai kamu kepada saudaranya dahulu’"

Dan, apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka mendapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita menginginkan lagi’ Barang-barang kita dikembalikan kepada kita, dan kita mendapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan menjaga saudara kita; kita akan mendapat tambahan beban seekor unta. Itulah sukatan yang mudah."

 

"Aku tidak akan mengutusnya bersama kamu sehingga kamu memberi aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan mendatangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi." Apabila mereka telah memberikannya janji mereka, dia berkata, "Allah menjadi Wakil atas apa yang kami ucapkan."

 

Maka apabila mereka masuk kepada Yusuf sekali lagi, dia mengambil saudaranya kepadanya, seraya berkata, "Aku saudara kamu; maka janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang mereka buat."

 

Kemudian, apabila Yusuf menyiapkan persiapan untuk mereka, dia meletakkan gelas minumannya ke dalam pundi saudara yang diambilnya.

 

Sedang mereka mula bertolak untuk kembali kepada keluarga mereka, datang pula orang yang menyeru, "Hai kafilah, kamu adalah pencuri!"

 

Mereka bertanya sambil mendekati orang yang menyeru, "Apa yang kamu hilang’"

 

"Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan mendapat beban seekor unta; itu aku jamin."

 

Mereka berkata, "Demi Allah, kamu mengetahui bahawa kami tidak datang untuk membuat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri."

 

"Apakah balasannya jika kamu adalah pendusta’"

 

"Balasannya - dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami membalas orang-orang yang zalim."

 

"Maka dia (Yusuf) memulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia mengeluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami membuat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh mengambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah menghendaki.

 

Mereka berkata, "Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu." Tetapi Yusuf merahsiakannya di dalam dirinya, dan tidak menampakkannya kepada mereka, dengan berkata, "Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat mengetahui apa yang kamu menyifatkan."

 

Mereka berkata, "Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapak yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik."

 

Berkata, "Allah menegah bahawa kami patut mengambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami mendapati barang kami padanya, kerana jika kami berbuat demikian, tentulah kami menjadi orang-orang yang zalim" (12:76-79).

 

Apabila mereka kembali kepada bapak mereka dan menceritakan hal saudaranya yang mencuri dan ditahan di Mesir kedukaan bapaknya bertambah,

 

"Dan dia berpaling daripada mereka, dan berkata, 'Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf!' Dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya di dalam dirinya" (12:84).

 

Kemudian dia berkata, "Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum yang tidak percaya (kafir)."

 

Lalu mereka pergi kepada Yusuf dan berkata, "Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedekah."

Yusuf bertanya, "Adakah kamu mengetahui apa yang kamu melakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh’"

 

Mereka menjawab, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf’"

 

Dia berkata, "Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik."

 

Mereka berkata, "Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih menyukai kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah."

 

Yusuf berkata, "Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah mengampuni kamu; Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lemparlah ia kepada muka ayahku, dan dia akan memperoleh kembali penglihatannya; kemudian datangkanlah kepadaku keluarga kamu kesemuanya."

 

Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapak mereka berkata, "Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf, melainkan kamu menuduh aku nyanyuk."

 

Mereka berkata, "Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu."

 

Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan melemparkan baju Yusuf ke mukanya, tiba-tiba dia kembali dapat melihat. Dia berkata, "Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu’"

 

Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."

 

"Sungguh, aku akan meminta Pemeliharaku untuk mengampuni kamu; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih."

Kemudian mereka berangkat ke Mesir untuk menemui Yusuf.

 

"Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia mengambil ibu dan bapaknya kepadanya, dengan berkata, 'Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah mengkehendaki, dalam keadaan aman.'

 

Dan dia menaikkan ibu dan bapaknya ke atas singgahsana; dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, 'Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

 

Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi mimpi. Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih" (12:99-101).

 

Apakah pelajaran atau pelajaran-pelajaran yang anda perolehi daripada kisah Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                 Mariam

Sebelum menurunkan kisah Nabi Isa eloklah diceritakan hal ibunya dahulu. Ibunya adalah seorang perempuan yang mulia. Allah memuliakannya dengan menamakan sebuah surah seperti namanya. Surah itu adalah surah Mariam yaitu surah yang kesembilan belas di dalam al-Qur'an.

 

Bapak Mariam bernama Imran. Dia juga dimuliakan Allah. Sebenarnya, keluarga Imran dimuliakan Allah. Buktinya terdapat pada ayat berikut:

 

"Allah telah memilih Adam, dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas semua alam" (3:33).

 

Demikianlah dinamakan keluarga-keluarga yang dipilih Allah di atas semua di alam ini. Ayat itu adalah ayat yang ke-33 dalam surah Ali Imran, atau Keluarga Imran, yaitu surah ke-3 di dalam al-Qur'an.

 

Di surah itulah bermula cerita Mariam. Ceritanya bermula dengan kelahirannya. Allah menceritakan begini:

 

"Apabila isteri Imran berkata, 'Pemeliharaku, aku bernazar kepada Engkau, untuk kebaikan, apa yang di dalam perutku. Terimalah Engkau yang ini daripadaku; sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.'

 

"Dan apabila dia melahirkannya, dia berkata, 'Pemeliharaku, aku telah melahirkannya, seorang anak perempuan.' Allah sangat mengetahui apa yang dia melahirkan, dan bukanlah anak lelaki seperti anak perempuan, 'Dan aku menamakan dia Mariam, dan melindungkannya kepada Engkau dengan keturunannya, daripada syaitan yang direjam.'" (3:35-36)

Perhatikan kepada doa ibu Mariam sebelum dan selepas melahirkannya. Allah menerima doa ibu Mariam dengan baik.

 

Kemudian, Allah menceritakan pula Mariam dijagai oleh Zakaria. Mungkin kerana ibu bapak Mariam sudah meninggal dunia. Zakaria adalah ahli keluarga Imran. Dia berjaya menjaganya setelah bertengkar dengan ahli keluraga yang lain kerana masing-masing ingin menjaga Mariam (3:44).

 

Lalu Mariam membesar,

 

"..... dia membesar dengan menarik hati .... Setiap kali Zakaria masuk kepadanya di mihrabnya (bilik ibadat), dia mendapati rezekinya. Dia berkata, 'Wahai Mariam, dari manakah ini kepada kamu’' Dia (Mariam) berkata, 'Daripada Allah,'" (3:37).

 

Di bilik itu sentiasa terdapat makanan yang datang dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah memelihara Mariam dengan baik untuk suatu rancangan-Nya yang besar. Mariam adalah seorang yang taat kepada Allah.

 

Suatu hari tatkala Mariam sedang menyendiri muncul seorang malaikat (juga dipanggil rasul) yang menyerupai di hadapannya seperti seorang manusia dengan tanpa cacat. Dia menjadi takut seraya berkata,

 

"Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!'

 

"Dia  (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'

 

"Berkata, 'Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang’'

 

"Dia berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:18-21).

Bayangkanlah perasaan seorang perempuan yang mulia yang akan mengandung tanpa suami! Bagaimanakah dia akan menjelaskannya kepada keluarganya dan orang lain’

"Lalu dia mengandungnya, dan berundur dengannya ke suatu tempat yang jauh" (19:22).

 

Tempat itu, menurut ayat 23:50, adalah "di atas bukit, di mana ada sebuah lubang, dan sebuah mata air."

 

"Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon palma. Dia berkata, 'Aduhai, sekiranya aku telah mati sebelum ini, dan menjadi sesuatu yang dilupakan!'" (19:23).

 

Mariam kesakitan. Dia keseorangan. Kalaulah dia sudah mati sebelum itu, katanya. Justeru, bayi yang baru dilahirkannya berkata-kata pula kepadanya.

 

"Tidak, janganlah kamu bersedih; sesungguhnya Pemelihara kamu mengadakan di bawah kamu sebuah anak sungai.

 

"Goyangkanlah kepada kamu batang palma; ia akan menjatuhkan kepada kamu kurma yang segar dan masak.

 

"Maka makan dan minumlah, dan bergembiralah; dan jika kamu melihat seseorang manusia, katakanlah, 'Aku telah bernazar kepada Yang Pemurah untuk berpuasa, dan pada hari ini, aku tidak akan berkata-kata kepada seseorang manusia pun.'" (19:24-26)

 

Anak yang baru dilahirkannya, selain menyuruh makan dan minum, mengajarnya apa yang harus dilakukan apabila berjumpa orang lain. Dia menyuruh ibunya mendiamkan diri kerana dialah yang akan menjelaskan keadaan sebenar. Selepas itu Mariam pulang ke rumah.

 

"Kemudian dia mendatangkannya kepada kaumnya dengan membawanya; dan mereka berkata, 'Wahai Mariam, sesungguhnya kamu mendatangkan sesuatu yang aneh!

 

"Wahai saudara perempuan Harun, bapak kamu bukanlah seorang lelaki yang jahat, dan bukan juga ibu kamu seorang jalang,'" (19:27-28)

Sekiranya Mariam menjawab tuduhan itu tentu keadaan menjadi amat rumit lagi baginya. Dia mendiamkan diri seperti yang disuruh oleh puteranya.

 

"Maka dia menunjuk kepadanya; tetapi mereka berkata, 'Bagaimanakah kami berkata-kata kepada orang yang masih dalam buaian, seorang anak kecil’'" (19:29)

 

Lalu sesuatu yang memeranjatkan mereka berlaku, apabila,

 

"(Isa) Berkata, 'Sesungguhnya aku hamba Allah; Dia memberi aku al-Kitab, dan menjadikan aku seorang Nabi.

 

"Dia membuat aku diberkati di mana sahaja aku berada, dan Dia mewasiatkan aku supaya bersolat, dan zakat, selama aku hidup,

 

"Dan taat kepada ibuku, dan Dia tidak membuat aku sombong, sengsara.

 

"Kesejahteraan ke atasku, pada hari aku diberanakkan, dan hari aku mati, dan hari aku dibangkitkan hidup'" (19:27-33).

 

Apakah reaksi orang ramai apabila melihat Nabi Isa berkata-kata semasa masih bayi lagi’

 

Namun, selepas berlaku mukjizat itu, masih terdapat orang-orang yang tidak percaya dan melakukan pengumpatan yang besar terhadap Mariam (4:156).

 

Apa yang berlaku pada Mariam adalah suatu contoh ujian dan pengorbanan bagi orang yang percaya kepada Allah. Khususnya bagi kaum wanita.

 

Mariam adalah salah seorang daripada dua orang perempuan beriman yang berdarjat tinggi di sisi Allah. Demikian itulah kata Allah berbunyi,

 

"Allah membuat satu persamaan bagi orang-orang yang percaya - isteri Firaun, apabila dia berkata, 'Wahai Pemeliharaku, binalah untukku di sisi-Mu sebuah rumah di Taman, dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan amalannya, dan Engkau selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.'

 

"Dan Mariam, puteri Imran, yang menjaga kemaluannya, maka Kami menghembuskan ke dalamnya daripada Roh Kami, dan dia mengesahkan Kata-Kata Pemeliharanya dan Kitab-Kitab-Nya, dan menjadi antara orang-orang yang patuh" (66:11-12).

 

Akan tetapi, Allah berfirman lagi mengenai Mariam. Kata-Nya Mariam adalah di atas semua perempuan di semua alam.

 

"Dan ketika malaikat-malaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42).

 

Selepas ini, sekiranya para pelajar berjumpa atau mendengar orang yang menyebut nama perempuan lain sebagai yang paling mulia di dunia maka ingatlah bahawa orang itu adalah seorang pendusta yang nyata.

 

Apakah pelajaran atau iktibar yang pelajar perempuan perolehi daripada kisah Mariam itu’

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                       Isa putera Mariam

Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan dari kecil di dalam al-Qur'an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur'an.

 

Di dalam al-Qur'an, Nabi Isa disebut dengan empat panggilan yaitu Isa, Isa putera Mariam, putera Mariam, dan al-Masih.

 

Ibunya seorang yang sangat dimuliakan Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya, "Dan ketika malaikat-malaikat berkata, 'Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam'" (3:42).

 

Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan yang suci.

 

Kelahiran

 

Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapak. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur'an. Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,

 

"Aku berlindung pada Yang Pemurah daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!'

 

Dia  (malaikat) berkata, 'Aku hanyalah seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang anak lelaki yang suci.'" (19:18-19)

 

Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:

 

"Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, berkedudukan dekat dengan Tuhan." (3:45)

 

Kemudian Mariam bertanya,

 

"Bagaimanakah aku akan ada seorang anak lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang jalang’" (19:20)

 

Malaikat menjawab,

 

"Dia (Allah) berkata, 'Begitulah; Pemelihara kamu telah berkata, 'Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah perkara yang telah ditentukan'" (19:21).

 

Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, yaitu tanda untuk menunjukkan kebesaran-Nya (23:50).

 

Allah juga menyatakan bahawa Nabi Isa adalah seperti Adam, walaupun Adam diwujudkan tanpa ibu dan bapak. Kesamaan mereka berdua adalah pada ciptaan. Kedua-duanya dicipta daripada tanah (3:59). Itu menunjukkan mereka adalah manusia biasa, kerana manusia dicipta daripada tanah.

 

 

 

Kerasulan dan Kenabian

 

Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya dengan Roh Suci. Firman-Nya:

 

"Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Suci." (2:253)

 

Namun begitu, manusia dilarang oleh Allah untuk membeda-bedakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,

 

"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim.'" (2:136)

 

Akibat membeda-bedakan Nabi atau Rasul dapat dilihat pada hari ini, yaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang berhak membuat hukum agama.

 

Ajaran

 

Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya. Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi:

 

"Dan Kami mengutus, menyusuli jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya," (5:46) dan,

 

"Aku (Isa) hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.'" (5:117)

 

Turut disebut di dalam Injil (dan Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111). Janji itu juga didapati di dalam Taurat dan al-Qur'an.

 

Ketika baginda diutus, manusia sedang berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan apa yang diperselisihkan. Firman Allah:

 

"dia (Isa) berkata, 'Aku datang kepada kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah kepadaku.'" (43:63)

 

Baginda juga memberitahu tentang kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang mengisahkannya berbunyi:

 

"Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku (Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).” (61:6)

 

Pengikut setia

 

Seperti Nabi atau Rasul yang lain, baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia atau yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah:

 

"Dan ketika Aku mewahyukan pengikut-pengikut yang setia, 'Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku'; mereka berkata, 'Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.'" (5:111)

 

Pengikut-pengikut yang setia pula menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya:

 

"Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.'" (3:52)

 

Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong Allah, untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:

 

"Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada pengikut-pengikut yang setia, 'Siapakah yang akan menjadi penolong-penolong aku bagi Allah’' Pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Kami akan menjadi penolong-penolong Allah.'" (61:14)

 

Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan kebenarannya dan supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon sebuah meja hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini:

 

"Dan apabila pengikut-pengikut yang setia berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan kepada kami sebuah meja hidangan dari langit’'

 

Dia (Isa) berkata, 'Kamu takutilah Allah, jika kamu orang-orang mukmin.'

 

Mereka berkata, 'Kami menghendaki untuk memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para saksinya.'" (5:112-113)

 

Justeru itu, baginda memohon kepada Allah,

 

"Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki." (5:114)

 

Allah mengabulkan permintaannya. Lantas, meja hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur'an, yaitu surah kelima, al-Maidah.

 

Mukjizat

 

Selain daripada kelahiran yang luar biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat lain. Ayat berikut menjelaskannya:

 

"Ketika Allah berkata, 'Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Suci, untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ..... dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku' ..... lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'" (5:110)

 

Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan membeda-beda para Nabi dan Rasul dilarang Allah. (Sila rujuk Tidak Mempercayai Mukjizat Nabi’)

 

 

 

 

Wafat

 

Tidak seperti kepercayaan sesetengah orang yaitu Nabi Isa tidak wafat semasa disalib tetapi diangkat naik ke langit. Sebenarnya, Nabi Isa telah wafat di bumi, namun bukan disalib. Baginda telah wafat selepas peristiwa penyaliban ke atasnya di sebuah tempat lain yang tidak diceritakan di dalam al-Qur'an. Besar kemungkinan baginda telah melarikan diri dari tempat baginda dijatuhkan hukum.

 

Bukti yang menunjukkan baginda telah wafat di bumi terdapat pada ayat-ayat berikut:

 

"Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya .....'" (3:55)

 

"Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)

 

Akan tetapi, sebahagian daripada kaum Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya disalib. Allah mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan sahaja. Firman-Nya:

 

"ucapan mereka, 'Kami telah membunuh al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah.' Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah." (4:157)

 

Telah wujud lagi kepercayaan terhadap Nabi Isa yang tidak disahkan Allah di dalam al-Qur'an, yaitu baginda akan muncul lagi di bumi buat kali kedua. Itu tidak benar. (Sila rujuk artikel Menanya Ustaz: kedatangan Imam Mahadi & Nabi Isa dan Imam Mahadi di ruangan Soalan Lazim. Terima kasih.)

 

Terserongkan

 

Setelah baginda wafat, beberapa perkara telah berlaku. Pertama, orang-orang yang mengaku pengikut baginda telah menubuhkan sistem berahib, atau berpaderi, atau sistem berulama dalam agama. Sistem itu tidak dianjurkan oleh Allah. Firman-Nya:

 

"Dan rahbaniyah (sistem berahib) yang mereka reka - Kami tidak menuliskan (menetapkan) untuk mereka" (57:27).

 

Kemudian, antara mereka bersetuju untuk mengangkat Nabi Isa sebagai Tuhan atau anak Tuhan, mungkin kerana kelahiran yang luar biasa dan mukjizat-mukjizatnya. Mereka yang berbuat demikian telah Terserongkan dalam kepercayaan lalu menjadi kafir. Firman-Nya:

 

"Merekalah orang-orang yang tidak percaya (kafir), yang berkata, 'Sesungguhnya Allah, Dia ialah al-Masih putera Mariam'" (5:17), dan

 

"orang-orang Kristian berkata, 'Al-Masih ialah putera Allah.' Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang yang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan’" (9:30)

 

Satu bukti telah didatangkan Allah untuk menunjukkan kepalsuan kepercayaan mereka. Buktinya adalah pada amalan memakan makanan, berbunyi:

 

"Al-Masih, putera Mariam, hanyalah seorang rasul; rasul-rasul sebelum dia telah berlalu. Ibunya seorang wanita yang benar; mereka berdua makan makanan. Perhatikanlah bagaimana Kami memperjelaskan ayat-ayat kepada mereka, kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling." (5:75)

 

Nabi Isa dan ibunya makan makanan. Tetapi Tuhan tidak makan. Kalau Dia makan tentu Dia mempunyai sebuah "pintu kecil" untuk mengeluarkan makanan yang tidak diperlukan lagi. Tuhan tidak ada pintu tersebut seperti yang terdapat di bahagian belakang badan manusia atau hewan.

 

Sekiranya hujah itu disampaikan kepada orang-orang yang mempercayai Nabi Isa itu Tuhan atau anak-Nya, tentu mereka akan berpaling juga dan tetap dengan kepercayaan mereka. Begitulah manusia dengan kepercayaan agamanya. Mereka lupa menggunakan akal.

 

Akhirat

 

Kepercayaan serupa itu sungguh berat di sisi Allah sehingga Nabi Isa akan ditanya di akhirat. Baginda akan ditanya sama ada baginda telah menyatakan bahawa baginda dan ibunya adalah tuhan-tuhan selain daripada Allah. Pertanyaan-Nya berbunyi:

 

"Wahai Isa putera Mariam, adakah kamu mengatakan kepada manusia, 'Ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah'‘" (5:116)

 

Nabi Isa akan menjawab:

 

"Kepada Engkau sanjungan! Tiadalah bagiku untukku mengatakan apa yang aku tiada hak dengannya. Jika aku mengatakannya, Engkau mengetahuinya, dengan mengetahui apa yang di dalam jiwaku, dan aku tidak mengetahui apa yang di dalam jiwa Engkau; sesungguhnya Engkaulah yang mengetahui yang ghaib." (5:116)

 

Jawapannya bersambung lagi:

 

"Aku hanya mengatakan kepada mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)

 

Nabi Muhammad juga akan ditanya di akhirat atas sesuatu yang amat berat juga. Baginda ditanya mengenai sambutan kaumnya terhadap al-Qur'an. Jawapan baginda berbunyi:

 

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)

 

Itulah yang berlaku pada hari ini. Ajaran al-Qur'an tidak dipedulikan. Namun, masih ada waktu untuk semua kembali kepada ajaran al-Qur'an.

 

 

 

 

 

 

 

 

                                        Buya Ima Ibnu Fachru Rozi